Kesilapan ialah amanah tidak ditunaikan dengan betul. Sepatutnya dengan sumber yang ada pemerintah menggiatkan perkembangan ekonomi rakyat. Perkembangan ekonomi rakyat menambahkan hasil negara dan dengan sendiri menambahkan pendapatan negara melalui cukai-cukai yang dikenakan kepada orang kaya dan tidak dikenakan kepada orang miskin. Ini cara yang diajar oleh Islam.
Orang Islam diwajibkan
zakat harta. Zakat harta ialah ibadat harta. Zakat diwajibkan mesti ada nisab,
cukup qadar sebagai orang kaya. Jika tidak ada nisab tidak ada zakat. Penternak
kambing nisabnya 40 ekor kambing. Jika 30 ekor tidak kena zakat lagi. Zakat
ialah cukai berbentuk ibadat.
Begitulah para petani.
Pendapatannya mestilah sampai nisab baru kena zakat. Perniagaan mesti sampai
nisab bertaraf orang kaya baru kena zakat. Zakat ialah rukun Islam yang wajib
bagi orang Islam.
Islam memperkenalkan
cukai kepada orang bukan Islam yang dinamakan jiziah iaitu cukai keselamatan
negara. Orang Islam
kena zakat dan orang bukan Islam kena cukai keselamatan negara. Usyur cukai perdagangan dan kharaj cukai pertanian.
Cukai-cukai ini hendak diambil daripada orang-orang kaya, tidak diambil
daripada orang miskin.
Apabila pemerintahan Islam tidak
mampu menjaga keselamatan yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Umar
al-Khattab RA. Abu Ubaidah yang menjadi gabenor di wilayah barat menghadapi
ancaman Rome, tidak sempat menjaga keselamatan maka Abu
Ubaidah memulang balik cukai yang diambil daripada rakyat yang bukan Islam
kerana kerajaan tidak mampu melaksanakan tugas. Ini menyebabkan orang bukan
Islam berasa hairan macam mana pulak memulangkan cukai yang diambil. Lalu orang
bukan Islam berkata kami rela berada di bawah pemerintahan Islam walaupun kami
bukan Islam. Ini bukan cerita dongeng tetapi benar-benar berlaku dalam sejarah
Islam.
Dalam pemerintahan
Islam harta negara tidak bocor dengan rasuah. Orang kaya tidak boleh memberi
rasuah kepada pemerintah. Allah Ta’ala melaknat orang yang memberi rasuah dan
yang menerima rasuah. Nabi kata pemberi rasuah dan penerima rasuah semua dalam
neraka.
Pernah seorang sahabat yang
ditugaskan memungut cukai di satu daerah. Dia memberi Rasulullah: ”Ini cukai
yang saya pungut dan yang ini orang beri kepada saya.”
Lalu nabi berkata:
“Kenapa mereka memberi kepada kamu, kerana kamu seorang pegawai tinggi
kerajaan, kamu kenal dia. Ini mesti ada sesuatu. Jika kamu tidak menjalankan
tugas kamu mendapat habuan ini.?” Ini yang diajar oleh Islam. Kebocoran dengan
rasuah tidak berlaku, kebocoran dengan hutang tidak berlaku.
Apabila duit tidak
mencukupi naikkan cukai bukan naik pendapatan rakyat. Islam menyuruh naikkan
pendapatan rakyat bukan menaikkan cukai.
Zaman khalifah Umar bin
Abdul Aziz yang memerintah dua tahun sahaja tetapi harta negara melempah ruah,
lebih daripada keperluan negara. Seorang gobenor menulis surat kepadanya minta
kelulusan untuk menaikkan cukai kerana daerahnya duit tidak mencukupi. Umar Abdul
Aziz jawab sama ada awak adil atau awak dipecat.
Allah Ta’ala mengutus nabi
Muhamad SAW untuk mengajar orang untuk menunjukkan ini dia Islam bukan untuk
mengajar orang ini dia cukai.
Negara Jepun memberi
subsidi kepada para petani 99% kerana kerajaan hendak menggalakkan makanan yang
cukup bagi negaranya. Jika berlaku peperangan maka bekalan makanan cukup. Ini
dasar subsidi yang dibuat oleh Jepun. Pendapatan negara ditampung dengan cukai
yang berganda dikena ke atas industri kereta dan perkapalan yang dimiliki oleh
orang-orang kaya.
Malangnya kita orang Islam tidak
ikut Islam. Apabila tidak cukup duit naikkan cukai. Bila naikkan cukai, harga
barang akan naik. Kedudukan ekonomi rakyat tidak meningkat. Ini menempah
jenayah, menempah maksiat.
Allah Ta’ala menyebut dalam Quran
sebuah negara yang dilaknat oleh Allah iaitu negara Firaun. Firaun mengerahkan
rakyatnya lalu berucap:”Wahai rakyat negeri Mesir, negeri Mesir ini akulah yang
punya, segala kemudahan yang kamu dapat, air yang disalurkan melalui tali air
untuk pertanian dan minuman kamu adalah arahan aku, akulah yang memberi kepada
kamu semua.
Nabi Musa boleh beri
apa kepada kamu, nabi Musa bercakap sahaja. Mengapa tidak ada malaikat yang
mengiringinya, mengapa tidak ada gelang emas menandakan kekayaannya? Maka
Firaun telah menjadikan rakyatnya bodoh.”
Quran menyebut Firaun
menjadikan rakyatnya bodoh mengikut apa sahaja yang kerajaan buat, tidak boleh
memiliki tanah, menjadi hamba kepada kerajaan. Inilah yang dialami oleh
pemerintahan Islam di peringkat awal.
Bila Islam berjaya
menjatuhkan empire Farsi dan Rome, pemimpin Islam melihat para petani tidak
boleh memiliki tanah, mereka menjadi petani sahaja dan hidup dalam keadaan yang
susah. Untuk menyelesaikan masalah, pemimpin Islam memberi hak milik tanah dan
mengenakan kaedah cukai yang disebut di atas. Cukai ke atas orang kaya, orang
kaya membiayai orang miskin. Bantuan kepada orang miskin untuk memulihkan ekonominya
bukan bantuan yang tidak boleh menyelasaikan masalah ekonomi.
Mengikut kaedah Islam bantuan
mestilah memulihkan ekonominya kecuali orang miskin yang cacat, orang tua yang
tidak ada penjaga. Ada pun yang menganggur yang tidak ada pendapatan mesti dipulihkan
ekonominya dengan bantuan kemiskinan yang membebaskan kemiskinan.
Apa yang berlaku pada hari ini
orang miskin tidak dibebaskan dan ditambah pula dengan orang miskin yang baru.
Jadi kemiskinan akan meningkat dari semasa ke semasa.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment