Kita tidak
mahu mengulangi kesilapan. Ketika menentang penjajah kumpulan Islam di hadapan,
bila merdeka kumpulan Islam dipinggirkan.
Di Indonesia
bila melawan komunis dalam tahun enam puluhan kumpulan Islam di hadapan, bila
komunis dikalahkan kumpulan Islam dipinggirkan.
Jadi kita
yang mendukung golongan Islam jangan mengulangi kesilapan. Kita adalah golongan
yang memimpin, bukan golongan yang dipimpin. Golongan yang menjadi teras, bukan
golongan yang boleh dipinggir mudah-mudah oleh pihak lain.
Kita wajib
mengenal kekuatan kita, mengenal dasar dan aqidah perjuangan kita sendiri.
Aqidah yang sangat mulia, aqidah daripada Allah Ta’ala, Tuhan semesta alam.
Wawasan
kita wawasan yang panjang bukan wawasan 2020. Wawasan perjuangan kita wawasan
daripada dunia sehingga akhirat.
Kita menunaikan
amanah, Tuhan yang maha besar yang menguasai seluruh alam. Semua kuasa besar
dunia adalah habuk yang halus di sisi Allah SWT.
“Jangan kamu
berasa hina, jangan kamu berasa lemah bila berdepan dengan lawan-lawan kamu.
Jika sekiranya kamu berasa sakit dan letih kerana membuat kerja, mereka juga
berasa sakit membuat kerja untuk melawan kita. Tetapi ada kelebihan yang ada
pada kita yang tidak ada pada mereka iaitu kelebihan yang kamu berharap
daripada Allah yang mereka tidak harapkan.”
Kita
mengharapkan daripada Allah apa yang musuh tidak harapkan. Kita mengharapkan
keredhaan Allah
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment