Sebuah kisah zaman Tabi' semasa
berlaku perang, datang seorang perempuan tua memberi
satu sampul surat dan berkata kepada penglima perang: “Tuan saya seorang
miskin, tidak ada apa-apa yang boleh saya sumbangkan dalam peperangan ini
melainkan sampul surat ini. Bila hampir sampai dengan medan perang nanti sila
buka sampul ini.”
Panglima mengambil sampul itu dan
meletak dalam poket bajunya. Sewaktu hendak bertolak ada seorang kanak-kanak
yang hendak mengikut sama dalam peperangan.
“Kamu tidak boleh pergi
kerana kamu masih kecil.” Kata penglima itu.
Jawab kanak-kanak itu: “Walaupun
saya kecil tetapi saya pandai memanah.”
Dia menunjukkan
kemahiran memanah dan ternyata dia memanah tepat sebagaimana yang dikehendaki.
Lalu panglima membawa kanak-kanak
itu di atas kudanya. Bila tiba hampir dengan medan perang penglima membuka sampul
surat itu. Dalam sampul tertulis, tuan bersama-sama sampul ini ada dua helai
rambut saya. Tolonglah ikat rambut saya ini di kaki
depan kuda tuan semoga dia menjadi saksi di akhirat bahawa dia ikut sama dalam
peperangan ini.
Panglima turun daripada kudanya
lalu mengikat rambut pada kaki depan kudanya. Maka berlakulah peperangan yang
hebat. Kanak-kanak itu dapat membunuh beberapa orang
musuh dengan panahnya. Dalam keadan yang kalut satu panah mengenai kanak-kanak
itu, lalu dia jatuh.
Bila panglima ini mengangkat
kanak-kanak dalam keadaan panah di dadanya anak ini tersenyum seraya berkata: “Pak cik bila balik ke Madinah nanti sampaikanlah salam saya kepada
ibu saya dan beritahu ibu saya saya tunggu dia di syurga.”
Panglima bertanya: “Siapa ibu
kamu?”
“Wanita tua yang
memberi rambut itulah ibu saya.” Kata kanak-kanak itu.
Jadi rambut menolong
menjadi saksi di akhirat kelak. Wang, benda, kenderaan, tenaga dan apa sahaja
yang disumbang ke jalan Allah akan menjadi saksi di akhirat nanti.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment