Dari Abu Hurairah,
Rasulullah SAW pernah bertanya:
"Siapakah di antara kalian yang pagi ini
sedang berpuasa?"
Abu Bakar menjawab,
"Aku."
Baginda bertanya lagi:
"Siapa di antara kalian yang hari ini telah menghantar jenazah?"
Abu Bakar menjawab:
"Aku."
Baginda bertanya lagi:
"Siapa di antara kalian yang hari ini telah memberi makan orang miskin?"
Abu Bakar menjawab:
"Aku."
Baginda bertanya lagi:
"Siapa di antara kalian yang hari ini telah menjenguk orang sakit?"
Abu Bakar menjawab,
"Aku."
Selanjutnya Rasulullah
SAW bersabda: "Tidaklah semua itu ada pada seseorang kecuali dia pasti
akan masuk syurga." (H.Riwayat Muslim No: 1707 )
Pengajaran:
1. Syurga
disediakan untuk mereka yang beriman dan melakukan amal yang solleh.
2. Abu Bakar adalah
contoh sahabat Rasulullah yang menunjukkan amal solleh.
3. Melaksanakan
ibadat puasa adalah sebahagian daripada bukti ketaatan dan keikhlasan seseorang
kepada Allah.
4. Menghantar jenazah, memberi makan kepada orang miskin dan
menjenguk orang sakit merupakan sebahagian daripada penunaian tanggungjawab
terhadap hak orang lain apabila kita hidup dalam masyarakat. Mukmin yang
melaksanakannya semua itu pasti akan masuk syurga.
Ayuh kita bersegera
menyantuni orang miskin, orang lemah, anak yatim sempena bulan Ramadan ini
dengan sumbangan Ramadan.
JOM bersegera menziarahi atau bertanya khabar
kerabat, sahabat, teman, jiran, rakan kita yang kurang sihat.
No comments:
Post a Comment