Apa yang ramai faham,
nikmat adalah satu perkara baik yang diberikan oleh Allah SWT.
Sebenarnya, nikmat yang
dimaksudkan itu berasal dari kalimah arab (النعمة). Lebih tepat jika bahasa Melayu dieja dengan ni'mat.
Apa yang sebenarnya harus
difahami, perkataan nikmat perlu disebut secara tepat bagi mengelakkan tersalah
maksud. Ini kerana jika dibaca mengikut ejaan bahasa Melayu, nikmat lebih
kepada ejaan arab (النقمة). Niqmat itu adalah lawan kepada
ni'mat iaitu pemberian azab sengsara.
Jika tidak diambil cakna,
kita akan tersilap dalam doa apabila mahukan
ni'mat tetapi meminta azab. Tuan Guru Haji Hadi
dalam satu ucapannya pernah menyebut, ini
adalah angkara proses pembaratan yang berlaku dalam negara. Sebelum ini tanah Melayu
menggunakan tulisan jawi dan ia tidak menjadi isu
.
Pembaratan ini bukan sahaja
berlaku di tanah Melayu malah di seluruh tanah air umat Islam. Pembaratan di
negara kita ini bukan sahaja melenyapkan tulisan asal orang Melayu, malahan
menyebabkan masyarakat semakin sukar membaca dan memahami kandungan al-Quran,
lalu secara beransur mula jauh dari ajaran Islam.
Lajnah Dakwah dan
Pembelaan Islam
Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus
Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus
No comments:
Post a Comment