Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan apabila
hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku
adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka
hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku, agar mereka selalu berada
dalam kebenaran". (Al-Baqarah: 186)
Rasulullah SAW
menyifatkan doa sebagai senjata orang Mukmin dan menjadi tali penghubung antara
seorang hamba dengan Allah. Diantara berbagai macam doa yang dipanjatkan oleh
seorang hamba kepada Allah, ada doa yang dikabulkan dan ada pula doa yang tidak
dikabulkan oleh Allah SWT. Oleh itu, seseorang hamba yang berdoa harus memahami
keutamaan dan adab-adab ketika berdoa.
Berdasarkan beberapa
hadis-hadis Nabi SAW terdapat tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi
Allah SWT. Golongan tersebut adalah seperti berikut:
Pertama: Doa orang tua
kepada anaknya.
Doa ibu bapa kepada
anak-anaknya tidak ada hijab disisi Allah SWT kerana reda Allah SWT kepada
anak-anak adalah bergantung kepada reda kedua ibu bapanya. Oleh itu anak-anak
tidak boleh sama sekali derhaka kepada kedua ibu bapanya.
Dari Abu Hurairah r.a
berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad dan Abu Daud)
Kedua: Doa seorang
musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
Seorang yang bermusafir dengan tujuan baik kerana Allah SWT sama ada untuk menuntut ilmu, menziarahi saudara mara atau keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal adalah perbuatan yang dikasihi oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala dan doanya makbul disisi Allah SWT. Kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada seorang yang bermusafir sekiranya dia keputusan belanja maka wang zakat boleh diberikan kepadanya.
Dari Abu Hurairah r.a
berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad dan Abu Daud)
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad dan Abu Daud)
Ketiga: Doa orang yang
dianiaya.
Allah SWT amat murka
kepada sesiapa sahaja dikalangan hamba-Nya yang melakukan kezaliman kepada
hamba-Nya yang lain. Orang yang suka melakukan kezaliman dan aniaya kepada
orang lain akan mendapat balasan daripada-Nya di dunia lagi. Doa mereka yang
dizalimi mustajab di sisi Allah SWT.
Dari Ibnu Umar RA,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara".
(Hadith Riwayat Hakim)
"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara".
(Hadith Riwayat Hakim)
Dari Khuzaimah bin Thabit
RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Hendaklah kamu
waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah SWT berkata: 'Demi kemulian dan
keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama". (Hadith Riwayat At-Tabrani)
No comments:
Post a Comment