Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah
khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah
wahai saudaraku…
1.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji
adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang
baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila
ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai
dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah
wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan
kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak
(berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka
miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas
(Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian
para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu
sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai
pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu
nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga
dengan gaji sekian?”.
Ayat
tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang
pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda
dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja
mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah
akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para
pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan
anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat
kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai
apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan
mencukupkan keperluannya?
3. “Ada
tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi
sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang
menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy,
Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi
siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak
mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam
hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara
tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya
diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan
Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk
neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga
janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan
diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan
pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam
berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas,
bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua
tangan, dan lain – lain.
Perhatikan
juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada
waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit
dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan
juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari
sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan
apa yang diharamkan Allah,
Manfaat
lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah
itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah
Maha Mendengar.
Sebahagian
orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun
berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang
siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya,
maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat
Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah
bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu
mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah
bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah
(hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no.
3530), Ahmad dan Hakim).
6.
“Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah :
153)
Mintalah
tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka
kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7.
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga
janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang.
Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan
yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang
menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai
orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad: 7)
Agar
Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di
jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau
buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu
semoga Allah menolong kita.
9.
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.
Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10.
“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah
janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak /
belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih
besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang
harus ada pada setiap muslim.
Jadi,
kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
No comments:
Post a Comment