Tuesday, December 6, 2016

BAGAIMANA HATI KITA


Wahai sahabatku, ingatlah kata Imam Al-Ghazali:
 
“Carilah hatimu pada 3 tempat, 

Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui juga, carilah hatimu dengan duduk tafakur mengingati mati

Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah pada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati"

Oleh itu wahai sahabatku, kalbu itu ialah agen utama dalam dalam beribadah. Hati perlu dimurni untuk merasai kenikmatan berhubung dgn Allah. Hati umpama pusat penjana elektrik, jika di matikan, nescaya seluruh tempat akan gelap gelita.

Sabda Rasulullah S.A.W lagi :
"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila ianya baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ianya rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal darah itu ialah hati."

Maka ingatlah wahai sahabatku, hidupkanlah hati kita dengan banyak mengingat kepada ALLAH S.W.T. 

Rasulullah S.A.W. sabdanya:
"Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak
berzikir kepadaNya ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati."
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari.)


Ingatlah wahai sahabatku, tanpa berzikir mengingati Allah, kita bagai orang mati, kenapa wahai sahabatku? kerana hati kebuluran makanan rohani.
Wahai sahabatku, wajib setiap muslim memerhati, mengambil berat dan memantau perkembangan hatinya sama ada keras atau lembutnya apa lagi masih hidup atau sudah mati.

Ketahuilah olehmu wahai sahabatku, hati juga mengalami kebosanan. Ingatlah kata Saidina Ali bin Abu Talib :
"Sesungguhnya hati itu boleh bosan seperti badan. Oleh karena itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati."

Saidina Ali juga menyebut:
"Istirahatkanlah hatimu sekadarnya, sebab hati itu apabila tidak suka, boleh menjadi buta."

Wahai sahabat, tidak salah bergurau dan bermain-main yang kiranya dapat melapangkan hati yakni dengan menghiburkan dirinya dan rakan-rakannya dengan suatu hiburan yang mubah, dengan syarat tidak menjadi kebiasaan dan melampau sehingga melupakan kewajipannya.

Ingatlah wahai sahabatku, hati manusia dan haiwan jauh bezanya. Sangat hinalah insan yang berhati seperti haiwan dengan menggunakan hatinya bukan pada kewajipannya.

Firman Allah :
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”(Al-A’raaf:179)


Konklusi sahabatku sucikanlah hati kita dengan sentiasalah sucikan hati kerana hati adalah raja yang memerintah seluruh amalan. Jangan biarkan ada titik hitam atau kebatilan  bersarang  walaupun sedikit. Beristighfar dan berzikirlah  kerana ianya merupakan  fitrah manusia yang memang sering membuat kesilapan.

semoga Allah tidak meninggalkan dan menghijabkan kita sepertimana golongan kafir dan kuffur yang bilamana di ceritakan tentang kebenaran dan kehebatan Islam mereka memeperlekehkanya.

ALLAH berfirman:
"Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, danpenglihatan mereka ditutup. Bagi mereka siksa yangamat berat." (Al-Baqarah: 7)
"Dan Kami adakan tutup di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Apabila kalian menyebut Rabb kalian saja dalam Al-Qur'an, niscaya mereka berpaling ke belakang kerana bencinya." (Al-Isra': 46)

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment