Sayidatina Aisyah ra meriwayatkan:
"Aku pernah menjahit
baju di bilikku, tiba-tiba lampu padam, bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh.
Ketika aku cuba meraba-raba mencari jarum itu, tiba-tiba Nabi SAW datang
kepadaku dari pintu bilik.
Baginda mengangkat lampu dan wajahnya, demi Allah
yang tiada Tuhan selainnya, sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik
dengan cahaya wajah Baginda sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku,
kerana nur yang memancar.
Kemudian aku menghadap
kepadanya, lalu aku berkata: “Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai
Rasulullah. Sungguh terang cahaya wajahmu.”
Nabi SAW berkata: “Wahai Aisyah, rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku
pada hari kiamat.”
Aku bertanya: “Siapakah
yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Rugi
besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.”
Aku (Aisyah) bertanya
lagi: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai
Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka, dia tidak
berselawat ke atasku”. (Riwayat Ahmad dan
Tirmizi)
Salawat:
Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad wa'ala ali sayyidina Muhammad
No comments:
Post a Comment