Orang yang berpotensi mendapat
saka:
1. Anak cucu yang sangat cetek
pengetahuan agamanya. Jarang sembahyang, Quran tidak baca dan tidak hadhir
majlis ilmu. Pendek kata tidak memahami tentang agama. Jadi orang ini sangat
cerah mewarisi saka.
Jika orang itu kuat hubungan
dengan Allah, insya Allah sukar hendak mendapat saka. Dalam surah al-Baqarah
ada satu ayat yang menyebut 2 ribu tahun sebelum dicipta langit dan bumi.
Dua ayat terakhir suratul Baqarah
yang Allah Ta’ala tulis 2 ribu tahun sebelum dicipta langit dan bumi:
( 285 )
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan
Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya.
(Mereka
berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain
Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami
pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali".
( 286 )
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa
kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
"Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami
tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang
berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami.
Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya
memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan
berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah
Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap
kaum-kaum yang kafir".
Jika diamal
baca dua ayat itu insya Allah saka tidak akan mendampingi kita kerana dia tahu
dia akan terbakar.
2. Anak cucu yang melanggar
batasan agama.
Dia melakukan maksiat; berzina,
minum arak, berjudi, tikam nombor dan lain-lain maka saka akan mudah pergi
kepada orang semacam ini.
3. Saka juga menjadikan orang
yang kuat agama sebagai sasaran.
Orang yang kuat bergantung dengan
Allah belum tentu selamat kerana dia juga akan dicuba oleh saka. Jika dapat
disesatkan maka merupakan satu kejayaan yang sangat besar bagi saka.
Saka akan datang kepada orang
kuat agama ini untuk menguji sama ada orang itu tunduk atau tidak kepadanya.
Jika tunduk kepadanya maka merupakan satu kejayaan besar kepada saka. Jasi
jangan mengalah dan tunduk kepadanya.
Kita tidak boleh putus asa
daripada rahmat Allah. Kena lawan saka daripada berdamping dengan kita.
3. Anak cucu yang sangat
menginginkan anak. Ini amat mudah dihinggapi saka.
4. Anak cucu yang disayangi oleh
tok neneknya.
5. Orang ingin mendapat kehebatan
duniawi.
Orang hendak jadi kebal, hendak
jadi hebat, hendak nampak cantik, hendak nampak muda, hendak berniaga maju,
hendak pelaris, untuk nampak orang gerun kepadanya dan seumpamanya. Orang yang
semacam ini berpeluang cerah mewarisi saka.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment