Freemason : Pencarian Tabut Di
Tapak Masjid Al Aqsa
"Sesungguhnya tanda kerajaan Talut (yang menunjukkan benarnya
dari Allah) itu ialah datangnya Peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang
memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa
yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun; Peti Tabut itu
dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Peti Tabut itu
mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika benar kamu golongan yang
beriman." (Al-Baqarah: 248)
Rahsia Kuasa
Yang Dicari Oleh Zionis
SIHIR...
senjata super bagi pihak Yahudi-Mason untuk menguasai dunia pada akhir zaman.
Impian Yahudi dalam mencapai KEKUASAAN yang selama ini telah dicabut oleh Allah
S.W.T daripada mereka akibat kesesatan akidah golongan itu.
Motivasi
paganistik-kabbalah yang mempercayai kesaktian Tabut. Mereka yang menemui Tabut
dipercayai akan mendapat kekuatan mistik yang akan meresap ke dalam tubuh dan
jiwa mereka.
Selama ini kaum zionis, masih menganggap bahawa Tabut adalah kurniaan atau mu’jizat yang diberikan Tuhan kepada orang-orang Yahudi.
Selama ini kaum zionis, masih menganggap bahawa Tabut adalah kurniaan atau mu’jizat yang diberikan Tuhan kepada orang-orang Yahudi.
Mereka meyakini apabila Tabut berjaya ditemui maka keagungan dan
kejayaan mereka akan kembali dan dapat menguasai dunia lagi.
Namun, sekalipun Tabut masih ada dan Yahudi berjaya menemuinya,
dengan akal waras kita mampu berfikir: Tidak mungkin Allah SWT memberikan
rahmat dan mukjizat kepada bangsa yang terus membunuh nabi-nabi-Nya dan ingkar
terhadap ajaran-Nya.
1)
Terbentuknya Kerajaan Bersatu (United Monarchy) setelah Nabi Musa A.S membawa
bangsa Israel ini melintasi Laut Merah untuk ke "TANAH YANG
DIJANJIKAN" (The Promised Land).
Nabi Musa A.S telah menyerahkan tugas mengepalai bangsa Israel ini
kepada Joshua, seorang panglima perang yang mengetuai bangsa Israel dalam
peperangan menentang penduduk asal kawasan Tebing Barat kini, iaitu bangsa
Kanaan (Canaanite) yang tidak beriman kepada Allah S.W.T.
Bangsa Kanaan adalah nenek moyang orang Filistin (Philistine)
iaitu asal usul orang Arab Palestin kini. Setelah berjaya menduduki kawasan
Kanaan itu (kawasan yang menjadi negara haram Israel kini), maka timbullah satu
dilema di mana bangsa Israel yang mempunyai 12 suku (Tribes) ini tiada raja
untuk memerintah.
Maka ketika itu seorang pengembala keldai yang bernama Talut
(dalam Injil dipanggil Saul), telah diangkat menjadi Raja Pertama Israel oleh
seorang Nabi (bukan Rasul) yang juga Kadi (hakim) Israel bernama Samuel.
Bagi menjadikan rakyat Israel taat kepada Talut yang asalnya
seorang pengembala keldai ini, maka Allah telah kurniakannya PETI TABUT sebagai
simbol PENYATUAN dan KEKUASAAN bagi Talut memerintah bangsa Israel.
Maka terbentuklah Kerajaan Bersatu (United Monarchy), iaitu sebuah
negara dan kerajaan bangsa Israel yang sah sekitar tahun 1050 sebelum Masihi di
kawasan Kanaan itu.
2) Apa yang
uniknya PETI TABUT itu?
Mengikut komentar Allahyarham Abdullah Yusuf Ali (penterjemah
Al-Quran ke Bahasa Inggeris yang terkenal), PETI TABUT atau juga dikenali dalam
Bahasa Inggeris sebagai "The Ark of Covenant" ini diperbuat daripada
kayu pokok akasia dan mempunyai jalur-jalur emas tulen.
Tudungnya yang keemasan itu dikatakan "Takhta Kasih"
dari Allah S.W.T.
Ia mengandungi "PERNYATAAN TUHAN", iaitu Sepuluh
Perintah (The Ten Commandments) yang terukir pada tablet-tablet batu di samping
beberapa lagi peninggalan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S.
Ia dipercayai pernah dibawa oleh malaikat. Ia juga merupakan
simbol KEAMANAN dan KETENTERAMAN dari Allah S.W.T kepada mereka yang beriman.
Namun golongan Yahudi-Zionist percaya bahawa PETI TABUT ini
mengandungi pelbagai lagi rahsia yang merupakan kunci kepada ilmu-ilmu (mungkin
ilmu metafizikal) para Nabi untuk mereka eksploitasi demi berkuasa di dunia ini
sebagai "UMAT YANG TERPILIH".
Oleh sebab itu sehingga kini, adalah satu impian bagi golongan
Yahudi-Zionist ini untuk menemui kembali PETI TABUT yang telah hilang sejak
Jerusalem (Baitulmaqdis) diserang oleh Empayar Babilonia Baru (Neo Babylonian
Empire) pada tahun 586 sebelum Masihi.
3) Setelah
kematian Talut, Kerajaan Bersatu ini diperintah pula oleh Nabi Daud A.S (King
David) dan anaknya Nabi Sulaiman A.S (King Solomon).
Nabi Daud A.S diberikan kelebihan untuk melembutkan besi, kerana
itu mengikut sumber Israeliyyat (Sejarah Israel), Nabi Daud A.S merupakan
manusia pertama yang membuat baju rantai besi (chainmail).
Nabi Daud A.S juga dikurniakan suara yang merdu sehinggakan pada
zaman itu, syariat agama Allah melalui Kitab Zabur (Psalms) adalah beribadat
secara nyanyian. Ketika inilah Nabi Daud A.S menggunakan simbol Bintang Daud
(Star of David) sebagai cop mohor kerajaannya.
Kini simbol bintang itu telah diambil oleh Zionist&Mason
sebagai lambang negara haram Israel mereka.
Nabi Sulaiman A.S pula dikurniakan pelbagai mukjizat termasuk
boleh mengawal angin, burung-burung serta jin. Kerana kebolehannya untuk
berkomunikasi dengan jin, maka Haikal Sulaiman, juga dipanggil sebagai Istana
Nabi Sulaiman atau Kuil Sulaiman (King Solomon's Temple) telah dibina oleh jin
berdasarkan corak binaan dan teknologi dari alam jin.
Itulah yang menjadi kekaguman golongan Yahudi-Mason untuk mendapat
kekuasaan mengawal alam jin ini seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi
Sulaiman A.S, walaupun secara hakikatnya kebolehan Nabi Sulaiman A.S itu
merupakan mukjizat kurniaan Allah S.W.T, bukannya ilmu sihir yang boleh
dipelajari.
4) Golongan
Yahudi ini percaya bahawa segala kemahiran dan mukjizat para Nabi mereka dahulu
dapat dipelajari dan digunakan oleh mereka yang mengkaji.
Ini kerana segala ilmu-ilmu serta kebolehan-kebolehan luar biasa
para Nabi ini dapat menjadikan alam ini dibawah kawalan mereka.
Kebanyakan ilmu-ilmu para Nabi ini berbentuk ilmu metafizikal yang
dapat melawan hukum alam yang lazim.
Kecenderungan Yahudi-Mason ini juga mungkin berasal dari
pengalaman bangsa mereka yang pernah berada dibawah perhambaan oleh bangsa
Mesir dan Babilonia yang terkenal dengan ilmu-ilmu SIHIR yang telah berjaya
menundukkan musuh-musuh tamadun mereka.
Agenda Zionisme ini secara tidak langsung merupakan manifestasi
BALAS DENDAM terhadap manusia lain yang kononnya selama ini menindas mereka
sejak munculnya bangsa mereka ini dalam sejarah tamadun manusia.
Bangsa Israel (kini golongan Yahudi-Zionist) seolah-olah tidak
dapat membezakan antara mukjizat Nabi, karamah dan ilmu sihir.
Mereka anggap semua itu adalah satu sumber kuasa metafizikal untuk
mengawal alam ini dan manusia lainnya. Mereka menjadi golongan manusia yang
angkuh untuk mencapai kekuasaan kerana percaya bahawa mereka adalah "UMAT
YANG TERPILIH" untuk menjadi tuan di muka bumi ini.
Maklumlah, majoriti Nabi pun berasal dari bangsa mereka dan bangsa
mereka adalah satu-satunya golongan manusia di atas muka bumi ini yang pernah
memakan hidangan dari syurga iaitu "Manna Was Salwa" dan diberikan
beberapa kelebihan berbanding manusia lain secara fitrahnya.
5) Apa yang
terjadi sesudah Nabi Sulaiman A.S meninggal dunia?
Kerajaan Bersatu bangsa Israel ini berpecah menjadi dua negara
yang berasingan akibat perang saudara untuk merebut takhta Nabi Sulaiman A.S
itu.
Di bahagian utara terbentuk Kerajaan Israel (Kingdom of Israel)
yang mengandungi 10 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Samaria (Shomron).
Manakala di bahagian selatannya terbentuk Kerajaan Yehuda (Kingdom
of Judah) yang mengandungi 2 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di
Jerusalem, tempat Haikal Sulaiman itu berada di atas Bukit Zion.
Haikal Sulaiman merupakan tempat terakhir PETI TABUT ini disimpan
sebelum ia dikatakan hilang setelah Kerajaan Yehuda diserang oleh Raja Nebuchadnezzar
II dari Empayar Babilonia Baru.
Binaan asal Haikal Sulaiman oleh jin itu telah diruntuhkan dalam
serangan tersebut. Dari Kerajaan Yehuda inilah penduduknya digelar sebagai
orang Yehuda atau Judea (oleh orang Rom dan Yunani) dan akhirnya memunculkan
perkataan "Jew" dalam Bahasa Inggeris.
Mereka inilah yang kita panggil YAHUDI pada hari ini, iaitu subset
daripada bangsa Israel yang asal.
Tetapi istilah itu telah menjadi universal sehinggakan sesiapa
sahaja yang mempunyai darah dari bangsa Israel ini akan digelar "Jew"
(Yahudi) oleh masyarakat dunia kini. Sedangkan secara realitinya tidak semua
suku dalam bangsa Israel itu Yahudi dan tidak semua Yahudi adalah pendukung
Zionisme @Freemasonry.
6) Ke mana
pula perginya 10 suku bangsa Israel dari Kerajaan Israel?
Mereka telah hilang, hilang secara identitinya apabila Kerajaan
Israel itu diserang oleh Empayar Assyria dari arah utara, dan 10 suku tersebut
telah dipindahkan ke arah timur sebagai tawanan perang hingga ke kawasan
Khorasan (kini meliputi Iran, Afghanistan, Pakistan, Iraq sehingga Kashmir).
Serangan yang meruntuhkan Kerajaan Israel itu berlaku 134 ratus
tahun sebelum Kerajaan Yehuda diserang oleh Empayar Babilonia Baru.
Oleh itu, dikatakan sisa daripada bangsa Israel yang masih wujud
(secara identitinya) hingga ke hari ini adalah golongan Yahudi ini tadi yang
telah pun menyebar ke serata dunia setelah berlaku DIASPORA sebaik sahaja
Kerajaan Yehuda mereka diserang.
Golongan pendita Yahudi di Haikal Sulaiman inilah yang membentuk
satu golongan agama elit yang akhirnya telah mencipta kitab Talmud, iaitu kitab
tafsiran para pendita terhadap ajaran Taurat (Torah) yang telah dipesongkan
menjadi kitab sihir.
Ajaran Talmud ini meresapi akidah agama Yahudi sehingga berkembang
dengan pesat ketika golongan Yahudi ini berada di dalam tawanan bangsa
Babilonia.
Sebelum itu, telah ada fahaman-fahaman sesat dari golongan Yahudi
elit yang menduduki Haikal Sulaiman tersebut sebagai pendita.
Kebanyakan fahaman-fahaman ini bersifat mistik dan bercampur
dengan ilmu-ilmu sihir dari zaman mereka menjadi hamba di Mesir dahulu.
(Gambar) Impresi pelukis terhadap reka bentuk Haikal Sulaiman
(King Solomon's Temple) yang kini runtuhannya berada di bawah Masjid Al-Aqsa
(Dome of Rock) di sekitar Bukit Zion.
Di sinilah punca kepada segala KEKUASAAN yang dicari oleh
Yahudi-Zionist-Freemason selama ini untuk mendominasi dunia pada Akhir Zaman.
7) Oleh
kerana kesesatan yang berlaku inilah maka kita faham mengapa Allah S.W.T telah
menurunkan bala kepada bangsa Israel sehingga hancurnya dua negara serumpun
mereka iaitu Kerajaan Yehuda dan Kerajaan Israel.
Dan Allah S.W.T telah mentakdirkan mereka kehilangan PETI TABUT
tersebut yang selama ini merupakan simbol sahnya "KETUANAN" mereka ke
atas tanah bekas bangsa Kanaan ini.
Hilangnya PETI TABUT tersebut merupakan petanda bahawa bangsa
Israel (kini majoriti Yahudi) tidak mempunyai "HAK" ke atas tanah
keturunan bangsa Arab Palestin itu.
Tidak seperti bangsa Kanaan, iaitu nenek moyang mereka dahulu,
bangsa Arab Palestin kini adalah antara golongan manusia yang beriman kepada
keesaan Allah S.W.T (majoriti Muslim dan Ahli Kitab) dan berhak ke atas tanah
mereka tersebut.
Bagi orang Yahudi yang masih beriman kepada Taurat dan Injil
(Gospel) pula, mereka mengakui bahawa hanya kemunculan Nabi Isa A.S pada Akhir
Zaman yang dapat mengembalikan mereka ke "TANAH YANG DIJANJIKAN" itu
bersama manusia-manusia lain yang beriman.
Pembentukan negara haram Yahudi-Zionist yang menggunakan istilah
ISRAEL itu hanyalah satu muslihat agar keturunan 10 suku-suku bangsa Israel
yang telah hilang bertebaran serata dunia tersebut akan berasa sentimental
dengan nama negara itu yang sama dengan nama bangsa nenek moyang mereka dan
berusaha untuk kembali bersatu bagi memenuhi kerakyatan negara Israel tersebut,
lantas ia akan memberi tekanan kepada ruang hidup bangsa Arab Palestin di
sekitar sempadan negara haram tersebut.
8) Ini
sebagai persediaan untuk membentuk pemerintahan dunia (NEW WORLD ORDER) yang
berpusat dari Haikal Sulaiman yang terletak di atas Bukit Zion di Jerusalem dengan
segala KEKUASAAN sains dan teknologi serta ilmu-limu metafizikal (ilmu sihir).
Ia adalah sebuah negara yang sedang bersedia menerima kedatangan
Al-Masih Ad-Dajjal (The Anti-Christ) yang bakal mengetuai Yahudi-Zionist dalam
mencengkam dunia Akhir Zaman ini supaya tunduk kepada kesesatan Iblis
(Lucifer).
Oleh kerana itu kerja-kerja pengalian dan pengorekan sedang giat
dilakukan oleh pihak berkuasa negara Israel di sekitar Masjid Al-Aqsa (Dome of
Rock) terutama di bahagian bawah bukit Zion tersebut yang dikatakan tempat asal
Haikal Sulaiman.
Runtuhan Haikal Sulaiman dipercayai mengandungi pelbagai khazanah
ilmu (kononnya ilmu mukjizat) para Nabi dari bangsa Israel.
Mereka juga berharap dapat menemui kembali PETI TABUT, sebagai
mengesahkan kependudukan mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan (nenek moyang
Arab Palestin) ini.
Dengan adanya PETI TABUT tersebut, maka Yahudi-Zionist-Mason akan
dapat menghalalkan rampasan tanah penduduk Arab Palestin atas nama Tuhan,
kononnya seperti ketika Tuhan memberi "KETUANAN" dan "HAK"
melalui PETI TABUT itu kepada Talut untuk memerintah Kerajaan Bersatu bangsa
Israel di tanah yang sama suatu masa dahulu.
Inilah agenda sebenar Zionisme Antarabangsa dalam mencorak
sejarah, agama, ekonomi, sosial, teknologi, mentaliti dan juga nilai-nilai
kemanusiaan agar menjadi terpesong dan tunduk kepada mereka di Akhir Zaman.
Sehingga ke hari ini, PETI TABUT yang disahkan asli masih gagal
ditemui.
Siapakah
Bakal Mengeluarkannya?
Yang akan mengeluarkan tabut itu nanti ialah Imam kita, Imamul
Mahdi Al-Muntazar. Allah akan memberi kurnia kepadanya untuk mengeluarkan tabut
itu dari tempat tersimpannya sebagai bukti bahawa dia adalah IMAM MAHDI
AL-MUNTAZAR.
Apakah
Kandungan Tabut?
Peti Tabut mengandungi dua buah batu Loh yang tertulis 10 wasiat
Allah kepada Nabi Musa, sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang digunakan untuk
membelah Laut Merah, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan yang diturunkan
dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka tersesat di
padang pasir Teh 10 wasiat itu telah kami siarkan.
Keistimewaan lain Bani Israel percaya bahawa Peti Tabut mempunyai
banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa barang siapa yang dapat memiliki
Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa
berperang,ia boleh memberikan ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu
mengalahkan musuh.
Kebiadapan
Israel Terhadap Tabut
Malangnya, Bani Israel tidak tahu mensyukuri anugerah yang
diberikan itu. Mereka mengingkari segala perintah Allah s.w.t.. Mereka banyak
memalsukan kitab suci mereka. Mereka juga ingkar dengan ajaran Nabi Samuel.
Pada zaman tersebut, Nabi Samuel diutuskan oleh Allah untuk
menyeru mereka ke jalan kebenaran. Semasa kecil Nabi Samuel telah dididik dan
dibesarkan oleh para alim-ulamak. Baginda kemudiannya diajar dengan ajaran Nabi
Musa dan juga kitab sucinya iaitu Taurat.
Setelah dewasa dan menjadi utusan Allah, Nabi Samuel mula
berdakwah kepada Bani Israel supaya menyembah Allah tetapi mereka ingkar.
Malah, mereka tidak percaya akan kenabian Nabi Samuel. Mereka menuduhnya
sebagai pendusta. Bani Israel telah mencabarnya agar menunjukkan bukti
kenabiannya. Lalu Allah menarik balik keistimewaan yang diberikan kepada Bani
Israel itu.
DIA menukarkannya dengan memberi kekuatan dan keberanian kepada
orang-orang Filistin (Palestin). Ketika Filistin berperang dengan Bani Israel,
mereka berjaya mengalahkan Bani Israel. Bani Israel telah diusir dari
Jerusalem. Tabut yang menjadi azimat mereka selama ini telah dirampas. Kemudian
sesuatu telah berlaku.
Orang-orang Filistin mendapat bala kerana menyentuh &
mempersendakan tabut tersebut. Tabut Nabi Musa itu kemudiannya direbut kembali
oleh Bani Israel sesudah mereka insaf dan bertaubat. Tetapi perangai degil
mereka itu selalu berterusan.
Seterusnya Bani Israel mempersendakan perintah Nabi Samuel sebagai
pemimpin mereka. Maka Allah telah menghantar musuh yang lebih besar kepada
mereka.
No comments:
Post a Comment