TIGA BELAS MOTIVASI
untuk para Guru مربى
untuk para Guru مربى
Jadikan Point-point ini
sebagai Panduan dan Muhasabah Diri sama ada dalam keadaan Gembira, Stress dan
sebagainya.
🔹MOTIVASI PERTAMA.
🔹MOTIVASI PERTAMA.
Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah
menghimpun dua ma'siat, iaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi
Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik
untukmu.
🔹MOTIVASI KEDUA.
Terimalah pelajar-pelajarmu
dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat atau syaitan. Tidak ada jalan
untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka,
kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.
🔹MOTIVASI KETIGA.
Tunjukkanlah penghargaanmu
terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan
mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai
kelubuk hati mereka.
🔹MOTIVASI KEEMPAT.
Ingatlah sesungguhnya
ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan
dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu
'MASTER PLAN' orang-orang besar.
🔹MOTIVASI KELIMA.
Baikkanlah layananmu terhadap
pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang
berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.
🔹MOTIVASI KEENAM.
Setiap mata pelajaran boleh
dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.
🔹MOTIVASI KETUJUH.
Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari
hisab/akhirat kelak.
🔹MOTIVASI KELAPAN.
Berapa ramai daripada
guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab
itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah".
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah".
🔹MOTIVASI KESEMBILAN.
Dihadapanmu ada generasi
yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang
tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan
membawa KEBAIKAN kepada umat.
🔹MOTIVASI KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya
kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar
anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak
muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
🔹MOTIVASI KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana
Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila
kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu
itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.
🔹MOTIVASI KEDUA BELAS
Pesanan ini adalah
merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk
mendapatkan kebaikan yang banyak.
🔹MOTIVASI KETIGA BELAS
Sesungguhnya Allah
perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang
beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.
* TERIMA KASIH kepada
para Guru, kerana respon baik yang diberikan.
*Tugas Guru bukan hanya Mengajar tetapi Mendidik.
*Kunci untuk berkhidmat adalah IKHLAS🔹SABAR🔹 ISTIQAMAH🔹
ان الله يامركم ان تؤدوا الامانات الى اهلها.
No comments:
Post a Comment