Soalan:
Ustaz..kenapa 15-30 minit
sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?
.
.
JAWABNYA:
1. Ketika itu matahari
berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu
rembang.
2. Waktu ini diharamkan
solat sunat apa pun kecuali:
+ Pada hari Jumaat bagi
lelaki yang hadir solat Jumaat
+ Berada di masjidil
haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)
3. Waktu ini, jin syaitan
sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.
Dengan pancaran matahari
yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).
4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu
tengah malam. - Ilmu Perubatan Islam
5. Manusia pula
sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling
lemah.
Maka Islam menggantikan
ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan
fizikal dan juga rohani.
6. Qailulah 15-30 minit
sebelum Zohor. Itu yang terbaik.
7. Qailulah juga antara
cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan
di siang hari dilepaskan secara semulajadi.
8. Ikuti sunnah, pasti
berkah.
Untuk point ke-3 dan
ke-5, Nabi SAW bersabda:
"Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan
itu tidak melakukan Qailullah."
No comments:
Post a Comment