Ayat-ayat yang kita baca ini masih lagi menerangkan sifat neraka Sakar, tempat pemimpin-pemimpin Qurais yang menentang nabi SAW dan pempimpin-pemimpin hari ini yang menentang Quran dibawa oleh nabi SAW.
Allah
mengatakan: “Di dalam neraka itu ada 19 malaikat.”
Ini terdapat
kekhilafan di kalangan ulamak. Adakah 19 sahaja malaikat menjaga neraka
disamping ketuanya, Malik ataupun mereka merupakan 19 pemimpin-pemimpin
malaikat.
Imam
al-Khutubi menyatakan pendapat yang lebih sahih 19 adalah pemimpin-pemimpin
malaikat. Di bawahnya pula ramai malaikat kerana kita tidak mengetahui
jumlahnya.
Ada ulamak
mengatakan 19 itu ialah 19 malaikat yang menjaga neraka. Allah Ta’ala memilih
malaikat kerana malaikat adalah makhluk yang paling taat kepada Allah, makhluk
yang paling gagah perkasa. Walaupun jumlahnya hanya 19, mereka boleh mengangkat
berjuta-juta manusia sekali gus untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Para
malaikat tidak ada rasa kasihan langsung kepada ahli-ahli neraka.
“Dan
tidaklah kami jadikan untuk ahli-ahli neraka yang menguruskan urusan neraka itu
melainkan para malaikat.”
Tuhan
tugaskan malaikat bertugas di dalam neraka untuk mengurus dan mengawal mereka
yang diseksa dalam neraka mengikut kesalahan masing-masing.
“Dan
tidaklah kami jadikan bilangan mereka 19 itu melainkan menjadi satu ujian
kepada manusia.”
Percaya atau
tidak adalah ujian. Ini adalah firman Allah Ta’ala yang diwahyukan kepada nabi
yang benar dan amanah, Muhamad SAW.
“Supaya
meyakinkan golongan ahli kitab.”
Quran adalah
kitab Allah yang diwahikan kepada nabi Muhamad SAW. Jumlah 19 ini disebut dalam
Taurah dan Injil iaitu kitab-kitab diturunkan kepada nabi Musa dan nabi Isa
AHTW.
Angka yang
sama disebut dalam Quran supaya meyakini ahli kitab bahawa Muhamad adalah
seorang rasul dilantik oleh Allah Ta’ala.
Disamping
itu hukum hudud dan hukum qisas ada dalam Quran, ada dalam Taurah dan ada dalam
Injil. Hukum yang dipertikaikan itu ada dalam Taurah dan ada dalam Injil. Jika
ditolak hukum itu maka nerakalah kamu.
“Dan supaya
orang beriman menjadi bertambah iman mereka.”
Antara ahli
kitab itu ialah Abdullah bin Salam RA, seorang pendita dan ulamak Yahudi
terkenal di Madinah yang disanjung oleh orang-orang Yahudi, ditugaskan oleh
orang-orang Yahudi supaya berdebat dengan nabi SAW.
Abdullah bin
Salam berjumpa dengan nabi SAW dan melihat tanda-tanda kerasulan pada wajahnya
yang dibaca dalam Taurah dan dibaca oleh nabi-nabi zaman dahulu serta
ulamak-ulamak Yahudi yang soleh.
Setelah
disoal nabi jawab semua soalan menandakan nabi adalah Rasulullah dan Abdullah
bin Salam masuk Islam. Beliau ialah antara yang yakin dengan apa disebut oleh
Allah Ta’ala.
Nabi
kata jika hendak melihat ahli syurga tengak Abdullah bin Salam. Beliau termasuk
di kalangan sahabat yang menjadi ahli syurga yang disebut oleh nabi SAW.
Diceritakan
kepada nabi SAW sebelum masuk Islam dia bermimpi bertemu dengan satu tiang dan
di atas tiang ada simpulan tali. Orang menyuruh dia naik atas tiang itu. Dia
naik dengan susah, orang itu menyuruhnya naik lagi. Dia naik dan orang menyuruh
pegang simpul itu. Dia memegangnya lalu terkejut.
Nabi
berkata: “Tiang itu ialah agama Islam. Simpulan tali ialah ikatan yang kuat
terhadap Islam. Kamu mati dengan Islam wahai Abdullah bin Salam dan menjadi
ahli syurga.”
Addullah bin
Salam bila masuk Islam dia melihat apa yang ada dalam Quran serupa dengan apa
yang ada dalam Taurah dan Injil menyebabkan imannya bertambah.
“Dan
orang-orang yang ada kitab yang dikurniakan kitab Yahudi dan Kristian yang
tidak ragu lagi dan orang-orang beriman menjadi bertambah yakin.”
Mereka ialah
di kalangan para sahabat RA yang telah beriman dan mereka percaya dengan benar
19 malaikat yang ditugaskan untuk menjaga neraka.
“Dan supaya
berkatalah orang-orang yang ada penyakit di dalam hati mereka (iaitulah
orang-orang munafik) yang ada di Madinah.”
Di
Mekah tidak ada orang munafik kerana Islam ditekan dengan berat. Yang ada sama
ada Islam ataupun kafir. Di Madinah Islam sudah menang dan ada negara maka ada
orang munafik. Orang munafik ialah orang-orang yang pura-pura Islam. Bila Islam
menang dia pun Islam dan bila Islam kalah dia pun kafir.
Oleh
sebab itulah Tuhan jadikan Islam ini
menang dan kalah dalam perjuangan untuk menafis orang-orang munafik. Mengapa
lama sangat mencapai kemenangan? Tujuannya untuk menapis diantara orang
beriman, munafik dan kafir sungguh.
Orang-orang
munafik berkata dalam hatinya: “Betul sungguh ke 19 malaikat ini!”
Tuhan tahu
walaupun dia bertanya dalam hatinya
“Dan orang
kafir bercakap dengan terang apa yang Tuhan hendak dengan menyebut 19 ini.”
“Begitulah
Allah Ta’ala hendak menjadikan sesat sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah
Ta’ala hendak jadikan dapat petunjuk sesiapa yang Dia kehendaki.”
Diantaranya
Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya. Bila mendengar ada 19 malaikat ada pemimpin
Qurais bercakap besar:
“Memadai aku
seorang sahaja melawan 19 malaikat ini.”
Mereka
mempersenda-sendakan dan bergelak ketawa sesama mereka.
Tuhan
dedahkan percakapan mereka.
“Dan
tidaklah mengetahui bala tentera Tuhan kamu melainkan Dia sahaja.”
Tuhan
tahu berapa banyak bala tenteranya. Bala tentera Allah terdiri daripada
malaikat, jin, binatang besar dan halus, angin, air dan lain-lain.
Tuhan
binasa tentera bergajah yang hendak menyerang Mekah dengan burung yang kecil
sahaja. Allah binasakan Namruk dengan nyamuk sahaja. Tuhan boleh kalahkan
musuh-musuh-Nya dengan kuman sahaja.
“Dan tidak
ada dalil-dalil disebut dalam Quran itu melainkan peringatan kepada manusia.”
Tuhan
menyebut dalam Quran bertujuan hendak mengingati manusia supaya beriman dan
mengerja amal soleh, jangan melawan Tuhan dan jangan melawan nabi dan rasul.
Ikutlah Islam walaupun siapa kita ini.
Kerajaan
kuasa besar sekalipun tidak mampu melawan Allah kerana terlalu banyak tentera
Allah SWT sama ada yang dapat dilihat dan tidak dapat dilihat.
Kenapa Allah Ta’ala
jadikan Islam ini lambat menang? Kerana dunia ini tempat ujian. Mereka yang
tahan ujian murtabatnya tinggi di hari kiamat kelak dengan balasan syurga.
Allah Ta’ala hendak memberi
banyak pahala kepada orang-orang beriman. Sebab itulah Tuhan tidak jadikan
kerja Islam KUN FAYAKUN hari ini kita buat esak terus Islam menang selalu.
Tuhan
jadikan perjuangan Islam memakan banyak masa, banyak tenaga, banyak
harta-benda, ramai jiwa kerana Tuhan hendak menapis antara orang-orang beriman
dan orang-orang munafik yang ada penyakit dalam hatinya dan orang-orang kafir.
Kadang-kadang
kita tidak larat berdoa tidak juga menang. Tuhan hendak menjadikan doa ini
untuk diberi pahala dan meninggikan murtabat. Akan tiba masanya Tuhan beri
kemenangan yang mendatangkan pahla kepada kita.
Jika
kemenangan mendapat bala maka Tuhan tangguh dahulu kemenangan itu. Tuhan
jadikan kemenangan yang dapat pahla biarpun lambat.
Jadi kita terima
sahajalah apa keputusan yang diberi oleh Allah SWT.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment