Barat sangat bimbang Islam bangkit semula menjadi kuasa besar dunia. Satu badan dinamakan Rank Corperation ditubuhkan secara langsung di bawah CIA. Badan ini akan mengkaji bagaimana cara hendak menyekat kesedaran Islam.
Mereka menubuhkan laman web yang
boleh diikuti melalui internet. Fail-fail mereka disimpan dalam internet. Orang
Islam juga pandai internet dan boleh mencuri maklumat-maklumat mereka.
Antara yang
mengendalikan Rank Corporation ialah isteri kepada bukas duta Amerika di Iraq,
Khalil Zil Mardat seorang Afganistan yang murtad. Beliau pernah menjadi wakil
Amerika di Bangsa-Bangsa Bersatu dan merupakan orang penting dalam Rank
Corporation.
Di bawah Rank Corporation ini
mereka merancang cara baru untuk menentang kebangkitan Islam. Mereka sedar
mereka tidak mampu menentang Islam dengan cara berdepan. Oleh itu mereka
merancang cara baru untuk menentang kebangkitan Islam.
Cara baru yang
dirancang ialah masuk dalam Islam melalui kegiatan-kegiatan Islam yang tidak
bersifat politik. Kumpulan Islam yang berdakwah sahaja dan melalui
tarikat-tarikat tasawur yang tidak mencampuri politik.
Mereka menggunakan
beberapa para ulamak yang boleh dibeli dan ditaja oleh mereka. Wujud ulamak
yang boleh dibeli dan ditaja bukan perkara baru dalam sejarah Islam.
Sejak kejatuhan kerajaan Othmaniah
tahun 1924 lahir ajaran politik suku agama suku (agama
tidak bercampur dengan politik) masa itu.
Seterusnya muncul di Mesir
seorang Qadi kelulusan al-Azhar bernama Ali Abdul Razik mengarang sebuah kitab. Dalam kitab ini
beliau mengatakan dalam Islam tidak ada politik. Kerajaan Islam yang didirikan
oleh nabi di Madinah adalah kerja dunia, bukan kerja akhirat.
Kitab ini telah diterjemahkan ke
dalam Bahasa Inggeris, Jerman, Peranchis dan berbagai-bagai bahasa lagi
bertujuan menyesat anak-anak orang Islam yang belajar di barat.
Ekorannya Syiekh Azhar masa itu
Syiekh Muhamad al-Khadir Husin telah mengadakan mesyuarat Majlis Ulamak Azhar
untuk membincangkan kitab Ali Abdul Razik ini.
Ali Abdul Razik telah dipanggil
oleh Majlis Ulamak Azhar untuk dibicarakan dalam mahkamah ulamak Azhar.
Diberitakan bahawa apabila dia masuk dalam majlis tersebut dan memberi salam,
tiada seorang ulamak pun yang menjawab salamnya.
Keputusannya dia telah
dipecat daripada ijazah Azhar. Payah berlaku dalam sejarah universiti menarik
balik ijazah dan dibatalkan jawatan-jawatan agamanya di Mesir.
Al-Syiekh Muhamad
al-Khadir Husin mengarang kitab membatalkan kitab karangan Ali Abdul Razik.
Ramai para ulamak mengarang kitab menolak kitab Ali Abdul Razik.
Ali Abdul Razik telah
ditolak oleh para ulamak namun media barat telah memasyhurkan namanya. Oleh
kerana mereka menguasai media maka orang Islam dihanyut oleh fahaman ‘politik
suku agama suku’.
Masa itu sudah ada galakan
tarikat-tarikat tasawuf tanpa jihad fi sabilillah. Padahal syiekh-syiekhnya
adalah mujahidin. Abu Hasan al-Syajiri adalah mujahidin yang menentang tentera
Tatar.
Tarikat Ahmadiah, Syiekh Ahmad
Badawi berperang menentang kedatangan Solib. Syeikh Abdul Samad Palembang yang
mengarang Hidayatul Salikin mati syahid di Fatani.
Malangnya mereka yang membaca
kitabnya tidak mahu berjihad. Ini kerana mereka membaca kitabnya dalam bab tasawuf
tetapi tidak membaca kitabnya dalam bab fekah dan bab usuludin. Puncanya ialah
kerana memisahkan agama daripada ajaran-ajaran yang sempurna.
Sumber agama Islam
ialah al-Quran, hadis dan ulamak-ulamak muktabar yang islah yang mengarang
kitab-kitab muktabar. Ulamak-ulamak yang menulis hadis yang daif dan maudak
(direka) tidak boleh dijadikan rujukan.
Kita perlu belajar
dengan guru-guru yang mursyid bukan dengan guru yang tidak diketahui di mana
mereka belajar. Ilmu Islam mestilah dirujuk kepada Quran dan hadis nabi SAW.
Islam dipelihara oleh
Allah Ta’ala. Mereka yang cuba melawan Islam akan tersungkur.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment