Tuesday, December 13, 2016

BERLINDUNG DENGAN MAKHLUK HALUS



Dalam amalan kebatinan Melayu ada orang pelihara jin seperti hantu raya untuk menjaga rumah dan kebunnya.

Orang yang berlindung kepada makhluk ini kerana dia percaya makhluk itu ada kekuatan untuk melindungi dirinya dan ada kuasa untuk menyusahkannya jika tidak diberi makan dan sebagainya.

Sebenarnya zat yang ada kuasa ialah Allah SWT bukannya jin. Kuasa mematikan dan menghidupkan, kuasa di dunia dan di akhirat ialah Allah SWT.

Jadi seseorang itu percaya bahawa makhluk seperti jin ada kuasa melindunginya bermakna dia telah menyamakan kuasa makhluk dengan kuasa Allah SWT. Dalam bahasa Arab ini dinamakan SYIRIK. Syirik bermakna menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Syirik di sini syirik yang nyata bukan syirik kecil. Dosanya sangat besar dan tidak boleh diampunkan kerana dia telah menjadi kafir. Dia kena mengucap syahadat semula untuk mengambalikan kepada Islam.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment