Dalam surah Annisa ayat 38 ada
firman Allah SWT bermaksud:
“Dan sesiapa yang
(mengambil) syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah
syaitan.”
Jadi mereka yang
menjadikan syaitan sebagai teman maka itulah seburuk-buruk teman (qarin)
Sihir tidak boleh
berlaku kecuali dengan adanya penglibatan makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada
jin-jin sama ada iblis dan syaitan.
Ada orang yang menuntut supaya
dilihat cantik. Ada menuntut ilmu mempertahankan diri menyebabkan dia kebal.
Ada orang belajar ilmu silat menyebabkan dia boleh bersilat.
Bagaimana dia boleh bersilat?
Syaitan masuk dalam tubuhnya, dia
menggunakan tubuh manusia untuk genggam, tumbuk, lumpat dan sebagainya. Yang
menyebabkan dia boleh bersilat padahal dia tidak pernah belajar bersilat ialah
syaitan yang masuk dalam tubuhnya.
Jadi dia panggil masuk
dan dia redha menjadi kawan dalam tubuhnya. Itulah seburuk-buruk teman.
Begitu juga mereka yang
mengamalkan amalan menurun. Dia panggil makhluk halus dengan cara-cara tertentu
masuk dalam tubuhnya menyebabkan dia tidak sedar diri. Dia boleh berubat, boleh
meramal dan sebagainya.
Sama ada seseorang itu boleh
menjadi cantik, kebal, boleh bersilat, ilmu pemanis muka atau sebagainya adalah
disebabkan oleh makhluk halus atau jin. Walau dalam keadaan apa jua sekali pun
anggaplah dia adalah musuh kerana Allah Ta’ala telah berfirman bahawa syaitan
itu adalah musuh.
Dalam surah Asysyuaara ayat 221:
“Mahukah, Aku khabarkan kepada
kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun?”
Allah ta’ala
menjelaskan syaitan itu akan berdampingan dengan manusia yang banyak melakukan
dosa dan penipuan.
Jadi jangan melakukan dosa dan
jangan melakukan penipuan supaya tidak didampingi oleh syaitan.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment