Qarun jika dilihat dalam kamus bermakna teman. Setiap orang bila dilahirkan qarin sudah ada menunggu.
Aisyah pernah bertanya Rasulullah
SAW adakah Rasulullah juga mempunyai qarin.
Baginda SAW menjawab: “Ya! Aku pun ada qarin.”
Qarin ini terdiri
daripada golongan jin yang sentiasa ikut manusia untuk merangsang manusia
supaya melakukan dosa. Orang berniaga dirangsang supaya menipu timbangan. Kalau
lelaki dan wanita duduk berdekatan dia akan merangsang supaya melakukan zina.
Nabi berkata kepada Aisyah qarin
yang berdamping dengannya merangsangnya supaya mengerjakan sesuatu yang baik
kerana jin mendampingi Rasulullah ialah jin Islam.
Mungkin kita terfikir Rasulullah
dia seorang nabi. Bukan begitu alasannya.
Rasulullahy ialah
seorang nabi dan rasul yang dilantik dan dipelihara oleh Allah, dalam masa yang
sama Rasulullah SAW juga seorang manusia biasa. Bila seseorang itu menjadi
kekasih Allah qarin yang mengikutnya akan menyuruhnya melakukan kebaikan bukan
keburukan.
Jika seseorang itu
jahat, tidak sembahyang, selalu mengumpat dan sebagainya qarin itu akan
merangsangnya supaya membuat kejahatan.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment