Pengeras ialah sesuatu yang
berlaku dalam masyarakat Melayu.
Kenapa memberi pengeras?
Kadang-kadang bila berubat
seseorang itu perlu memberi pengeras kerana gurunya mengajar bila seseorang itu
berubat dan sembuh penyakitnya diperlukan pengeras. Jika tidak diberi pengeras
sakitnya akan berulang semula.
Adakah perkara ini lojik?
Ada pengeras yang
diperlukan ialah besi atau buah keras supaya semangat orang dirawat jadi keras.
Itulah diantara punca kenapa pengeras diperlukan.
Jadi dalam amalan kebatinan
Melayu seseorang itu kena pulang paku buah keras kalau pengeras tidak diberikan
kemungkinan besar orang itu akan sakit balik semula.
Adakah benar penyakit berulang
semula.
Dalam amalan perubatan Melayu
bila seseorang itu melibatkan dengan perubatan didampingi oleh makhluk halus
terdiri daripada jin dan sebagainya, dia ada perjanjian dengan makhluk halus
itu.
Setiap kali diberi servis kepada
pesakit orang itu akan membuat perjanjian dengan makhluk halus yang
berdampingan dengannya. Pengerasnya kadang-kadang kemenyang, pulut kuning atau
pun sebagainya.
Bila manusia ada perjanjian
dengan makhluk halus maka dia melakukan amalan sihir. Berubat berhubung dengan
jin, bila jin sihir.
Orang yang bersilat sedangkan dia
tidak pernah belajar bersilat, tetapi dia boleh bersilat setelah dimasukkan
makhluk halus ke dalam tubuhnya. Ini juga sihir kerana bergantung dengan jin.
Samalah juga dengan yang lain-lain
seperti menjadi cantik, menjadi mak anam dan lain-lain. Kenapa pengantin
dilihat cantik. Kerana melibatkan makhluk halus.
Tiap-tiap amalan ini
ada pengeras iaitu janji antara mereka terlibat dengan jin. Jika pesakit itu
sembuh kena beri janji-janji itu kepada jin. Jika janji tidak dipenuhi jin-jin
itu akan bertanya pawang atau dukun kenapa tidak beri pengeras, lalu jin-jin
itu akan menyerangnya.
Dukun akan berkata bukan salahnya
tetapi pesakit yang salah kerana mungkir janji. Ini menyebabkan makhluk itu
menyerang pesakit dan akan membuatkan pesakit itu sakit semula. Itu akan
berlaku kiranya Allah izinkan. Berdasarkan kepada analogi ini ada logiknya.
Dengan bahasa yang
lebih mudah pengeras diberi sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang terlibat
dengan rawatan.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment