Wednesday, December 14, 2016

KODAM ITU JIN ATAU MALAIKAT



Diantara fungsi malaikat ialah melakukan perintah Allah SWT. Ada malaikat menurunkan wahi, ada malaikat mengambil nyawa, ada malaikat yang mencatat, ada yang sentiasa beribadat kepada Allah SWT dan sebagainya.

Adakah kodam yang masuk dalam tubuh itu malaikat atau jin?

Dalam kitab tauhid tidak ada perintah Allah supaya malaikat masuk dalam tubuh manusia. Jadi malaikat tidak masuk dalam tubuh manusia.

Dalam satu hadis nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu boleh berjalan dan berlari dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah.”

Syaitan ialah dari golongan jin. Jadi kodam yang masuk dalam tubuh itu bukan malaikat. Kemungkinan besar yang masuk dalam tubuh itu ialah jin-jin. Biarlah namanya kodam, wali, embah, panglima hitam dan lain-lain.

Mengikut hadis tersebut yang masuk dalam tubuh manusia ialah syaitan. Bila disebut syaitan ialah jin dan bila disebut jin tidak semestinya syaitan kerana jin ada Islam dan ada kafir. Syaitan dan iblis adalah jin kafir.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment