Setelah kajian saintifik
tentang manfaat puasa dua kali seminggu dibuktikan oleh para saintis,
masyarakat barat kini sudah mula berjinak-jinak untuk berpuasa dua kali seminggu.
Masyarakat barat
menamakan amalan puasa dua kali seminggu ini sebagai "intermittent
fasting" ataupun "5:2 diet", yang bermaksud 5 hari makan seperti
biasa dan dua hari berpuasa.
Jika diamati, amalan "intermittent fasting" atau "5:2 diet" ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda menyarankan agar kita berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis, dua hari dalam seminggu.
Jika diamati, amalan "intermittent fasting" atau "5:2 diet" ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda menyarankan agar kita berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis, dua hari dalam seminggu.
Dalam jurnal Stem Cell
& American Journal of Clinical Nutrition, pakar neurosaintis telah mengkaji
bahawa puasa dua kali seminggu dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan sel-sel
otak yang baru. Sel-sel saraf akan menghantar isyarat kepada DNA untuk
menghasilkan sel-sel baru yang sihat dan sel-sel lama dimusnahkan.
Pakar neurosaintis
menerangkan tentang mekanisma sel di dalam badan sewaktu kita menahan lapar dan
dahaga. Sewaktu kita berpuasa, tenaga dapat dijimatkan kerana sistem
penghadaman dapat berehat untuk sekurang-kurangnya 12 jam.
Pada waktu inilah tenaga
yang dijimatkan dapat digunakan oleh DNA untuk menghasilkan sel-sel baru dengan
efisyen.
Begitulah manfaatnya
berpuasa dua kali seminggu, atau dalam erti kata lainnya puasa sunat pada hari
Isnin dan Khamis.
Apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW pasti ada
manfaatnya. Ayuh, marilah istiqamah dalam membudayakan amalan puasa dua kai
seminggu-- Isnin dan Khamis.
No comments:
Post a Comment