Nu'man bin Tsabit atau yang
biasa kita kenal dengan Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala, atau terkenal disebut
Imam Hanafi, pernah berjalan bertentang arah dengan seorang budak kecil yang berjalan mengenakan terompah kayu.
Si imam berkata:
"Jaga-jaga Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kamu
tergelincir."
Budak ini pun tersenyum
dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.
"Bolehkah saya tahu
namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.
"Nu'man
namaku", jawab si imam.
"Oh jadi, tuankah
yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam agung)
itu..?", tanya si budak.
"Bukan aku yang
memberi gelaran itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran
itu kepadaku", jawab si Imam.
"Wahai si Imam,
berhati-hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka
kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di
dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal
JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."
Ulama besar yang diikuti
banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' daripada
seorang budak kecil.
Imam Abu Hanifah
rahimahullah Ta'ala (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu
dalam maknanya, justeru ia datang dari lidah seorang budak.
Saudaraku yang disantuni
Allah.
Betapa banyak manusia yang
tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau
TITLE, tertipu karena POSISI YANG 'DIMULIAKAN', tertipu kerana STATUS SOSIAL,
tertipu kerana sebutan gelar HAJI/HAJJAH, USTAZ, AL MUKARROM, SYAIKH dan
sebagainya.
Marilah kita berhati-hati
dan TERUS SALING MENGINGATKAN agar jangan sampai kita tergelincir.
Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia.
Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia.
Ingatlah.
"Sepasang tangan yang menarik kita tatkala terjatuh lebih kita percayai dari seribu tangan yang menyambut kita tatkala tiba di puncak kejayaan.."
Mari kita hubungi
sahabat-sahabat kita.
Kerana sahabat yang baik adalah pelita/lentera di kegelapan.
Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.
Kerana sahabat yang baik adalah pelita/lentera di kegelapan.
Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.
Ketahuilah.
"TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi." (Hadis riwayat Muslim).
JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT,
WALAUPUN DATANGNYA DARIPADA SEORANG 'BUDAK HINGUSAN'
"Undhur maa qaala wa
laa tandhur man qaala" - "Perhatikan APA yang disampaikan dan jangan
melihat SIAPA yang menyampaikan."
Semoga bermanfaat.. Aamiin.
No comments:
Post a Comment