Daripada ‘Abdullah bin
‘Amru bin al-‘As r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku,
“Wahai ‘Abdullah,
Janganlah kamu menjadi seperti si fulan itu, dahulu dia sentiasa solat malam,
tapi kini dia tidak solat malam lagi.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
Kelebihan mengekalkan amal soleh walaupun sedikit, kerana amalan yang berterusan akan menimbulkan kesan dalam diri.
Huraian Hadith:
Kelebihan mengekalkan amal soleh walaupun sedikit, kerana amalan yang berterusan akan menimbulkan kesan dalam diri.
Meninggalkan ibadat atau amal soleh yang pernah dilakukan
menunjukkan seseorang tidak prihatin kepada ibadat dan jantung hatinya
terganggu daripada mengingati Allah SWT.
Islam menyuruh umatnya
mengambil berat di dalam melaksanakan hal kebaikan, dan tidak meninggalkan
daripada melakukannya serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Orang yang dahulu
mengerjakan amalan kebaikan, kemudian berhenti melakukan amalan kebaikan
tersebut adalah daripada orang yang rugi.
Sumber : Kitab Riyadhus
Salihin
No comments:
Post a Comment