“Dan
peliharalah kamu daripada api neraka yang disediakan bagi orang-orang kafir.”
Allah
Ta’ala menyuruh kita memelihara diri daripada api neraka. Ada orang terlau
tinggi tasawurnya tidak boleh takut kepada api neraka, bercanggah dengan nas
Quran.
Kita
mesti takut kepada Allah dan takut kepada amaran Allah. Neraka adalah amaran
daripada Allah yang tidak boleh kita permain-mainkan. Hendaklah pelihara diri
daripada api neraka yang disediakan untuk orang-orang kafir.
Api neraka
disediakan juga untuk orang-orang makan riba, menghalalkan riba dan menjadi
kafir dengan sebab dia menghalalkan riba itu.
“Ta’atlah
kamu kepada Allah dan rasul-Nya supaya kamu diberi rahmat.”
Taat kepada Allah
dalam semua perkara. Perkara ibadat, perkara akhlak, perkara syariat, dalaam
perkara yang diwajibkan dan perkara yang diharamkan, semuanya mesti taat kepada
Allah SWT.
Allah Ta’ala
memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya. Kita hendaklah mengambil peluang mencari
rahmat daripada Allah dan melayakkan diri untuk mendapat rahmat daripada Allah
SWT diantaranya ialah taat kepada Allah dan rasul-Nya dengan mengerjakan segala
perintah dan meninggalkan segala larangannya.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment