Thursday, December 1, 2016

SIFAT SOMBONG



Hadis riwayat Muslim:

Dan daripada Ibni Mas’ud RA daripada nabi SAW sabdanya:

“Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat habut yang halus daripada sifat sombong.

Lalu seorang di kalangan sahabat bertanya: Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian yang cantik, kasutnya cantik.”

Sabda nabi SAW: “Sesungguhnya Allah itu cantik, sukakan kecantikan, sombong itu maknanya menolak kebenaran dan menghina orang.”

Satu hari orang yang ada sifat sombong dalam diri dia walaupun sebesar habut yang halus tidak masuk syurga. Maknanya jika ada sifat sombong Tuhan hilangkan kerana ujian di atas dunia, ujian dalam kubur atau ujian di mahsyar. Selepas dihapuskan sifat sombong ini baharulah dia boleh masuk syurga.

Jika sedikit sahaja sifat sombong Allah Ta’ala hapuskan. Maknanya tidak layak seseorang itu masuk syurga jika ada sifat sombong walaupun sebesar habut.

Allah Ta’ala tidak hapus sifat sombong seperti iblis dan orang-orang sepertinya. Mereka ini dihumban ke dalam neraka.

Lalu seorang sahabat berkata: Wahai Rasulullah bagaimana jika orang itu suka memakai cantik dan kasut berkilat. Tidakkah ini sombong?”

Nabi kata: “Allah Ta’ala cantik dan suka kepada kecantikan. Sombong ialah menolak kebenaran dan menghina orang.”

Pakai cantik-cantik bukan sombong. Pakai cantik tidak menjadi salah kalau tidak sombong. Apatah lagi bersih dan cantik. Tidakkah kebersihan itu sebahagian daripada iman. Lebih utama lagi pakai bersih dan cantik bila hendak ke masjid mengadap Allah Ta’ala.

Ada pendapat mengatakan Allah Ta’ala tengak hati. Memang betul, tetapi Allah Ta’ala tengak juga segi luaran. Pakain kena jaga adat-adatnya dan hati perlu khusyuk masa sembahyang.

Sombong bermakna menolak yang benar dan menghina orang seperti iblis. Bila Allah Ta’ala jadikan Adam AS, iblis menolak benarnya Allah Ta’ala jadikan Adam. 

Allah Ta’ala jadikan Adam untuk menjadikan khalifah di bumi kerana manusia ada ruh dan jasad. Malaikat dan jin tidak layak jadi khalifah di bumi.

Iblis bukan sahaja menolak tetapi menghina pula dan berkata:

“Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadi Adam daripada tanah.”

Iblis menghina kerana dia dijadikan daripada api tetapi Adam daripada tanah. Iblis bangga kerana dijadikan daripada api dan dia tidak tahu semua makhluk ada kelebihan masing-masing.

Jadi, sombong ialah menolak yang benar dan menghina orang.

KULIAH TAFSIR YT


No comments:

Post a Comment