Setelah
pengumpulan dan penyusunan al-Quran disempurnakan dikumpulkan pula hadis-hadis
nabi SAW.
Al-Imam
Azzuhri RA merupakan orang yang awal memainkan peranan dalam mengumpulkan
hadis-hadis nabi SAW.
Kemudian
imam Malik bin Anas, guru kepada imam Syafie adalah orang yang mengarang kitab
al-Muattab merupakan hadis yang dikumpulkan. Beribu-ribu hadis dikumpulkan.
Selepas itu lahirlah ramai ulamak yang mengumpulkan hadis.
Apabila
berlaku pertembungan di kalangan umat Islam iaitu peperangan antara Saidina Ali
dengan Muawiah RA, satu peperangan yang kita serah kepada Allah SWT akibatnya
di akhirat kelak. Peperangan yang mengorbankan ramai orang Islam.
Tidak
dinafikan dalam peperangan itu Saidina Ali yang betul dan Muawiah yang salah.
Ini berdasarkan hadis sahih. Walaupun Muawiah salah tetapi dia juga seorang
sahabat dan kita tidak boleh menuduh mereka kufur sebagaimana golongan Syiah.
Setelah
belaku peperangan ini maka penyokong yang terlalu fanatik mereka-reka dan
mencipta hadis-hadis untuk menguatkan hujah-hujah mereka.
Kemudian
berlaku pertembungan di kalangan ulamak-ulamak fikah. Diantara ulamak fikah
ialah ulamak tasawur masing-masing untuk menguatkan hujah-hujah mereka. Maka
terdapat ulamak-ulamak jahat mereka dan mencipta hadis yang tidak disabda oleh
Rasulullah SAW.
Tetapi
Allah SWT menyelamatkan Islam dengan melahirkan ulamak-ulamak hadis yang
terkenal seperti imam Bukhari, imam Muslim, Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah,
at-Termizi, at-Tabrani, Imam Ahmad bin Hambal dan lain-lain.
Mereka adalah
kalangan yang kuat ingatannya. Bukan sahaja bila mendengar terus ingat walaupun
hadis itu panjang. Setelah ingat tidak lupa walaupun dalam usia yang sudah tua.
Walaupun tua tidak nyanyak. Ini kelebihan diberi oleh Allah Ta’ala kepada
mereka.
Maka mereka
mengumpulkan hadis-hadis nabi. Bermula dengan ulamak-ulamak tabiin, bertemu
para sahabat RA meminta mereka meriwayatkan apa-apa hadis yang diucap dan
diputuskan oleh nabi SAW.
Hadis-hadis
dikumpul dan ulamak-ulamak yang meriwayatkan hadis ini meriwayatkan secara
ASANID (meriwayatkan dengan teliti) hadis diambil daripada seorang daripada
seorang dan daripada seorang yang lain sehingga sampai kepada nabi SAW.
Tiap-tiap
orang yang meriwayatkan hadis itu adalah orang yang salih, kuat berpegang
dengan agama dan istiqamah serta tidak mengerjakan dosa kecil. Apa lagi
dosa-dosa besar dan yang terkenal dengan kuat ingatannya.
Hadis
tidak dianggap sebagai sahih melainkan tiap-tiap yang meriwayat turun-temurun
adalah orang yang alim, ibadatnya kuat, ingatannya kuat, tidak pelupa, warak
dan boleh dipercayai. Inilah adalah kategori hadis-hadis sahih. Selebihnya
dikira hadis lemah.
Imam Bukhari
dianggap orang paling ke hadapan di dalam meriwayatkan hadis. Imam Bukhari
bukan orang Arab tetapi orang Bukhara, di Asia Tengah. Imam Muslim juga orang
Asia Tengah.
Imam
Bukhari paling teliti meriwayatkan hadis. Tiap-tiap hadis diteliti siapa yang
meriwayatkannya. Sebelum dimasukkan di dalam kitabnya, Sahih Bukhari dia
sembahyang istiqarah dua rakaat terlebih dahulu untuk mempastikan hadis itu
boleh dimasukkan di dalam kitabnya ataupun tidak.
Kemudian
diikuti oleh imam Muslim.
Maka
ulamak-ulamak menganggap hadis paling sahih selepas al-Quranul Karim ialah
hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, kemudian hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari sahaja, hadis yang diriwayatkan oleh Muslim sahaja
dan hadis yang diriwayatkan oleh ulamak-ulamak lain mengikut syarat imam
Bukhari dan Muslim.
Begitulah
Allah SWT memelihara ilmu Islam sehingga hari kiamat dengan memberi hidayah
kepada para ulamak supaya dikaji, ditulis dan dikumpulkan di dalam kitab-kitab
yang besar-besar.
Hari ini
berjuta-juta hadis disimpan dalam CD dan dalam komputer dengan cara yang lebih
canggih dan dapat diakses dengan lebih mudah dan cepat.
Ilmu Islam
tetap dipelihara oleh Allah Ta’ala sepanjang zaman. Terpulang kepada kita sama
ada hendak mengikut Islam atau tidak.
Allah
Ta’ala tetap memeilihara ilmu Islam kecuali Quran dan ilmu hadis diangkat dan
mereka yang menghafal Quran dan hadis serta semua orang salih dimatikan oleh
Allah Ta’ala, baharulah dunia ini akan kiamat.
Selagi Islam
dipelihara oleh Allah kita wajib mempertahankan Islam, beramal dengan ajarannya
bersungguh-sungguh supaya kita menjadi orang setia dan taat kepada nabi SAW dan
boleh masuk syurga serta mendapat syafaatnya pada hari kiamat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment