Para sahabat
nabi berpegang teguh dengan Quran dan petunjuk nabi SAW. Mereka
bertanggungjawab memelihara al-Quran dan memelihara hadis-hadis nabi SAW.
Ramai
di kalangan mereka yang hafal Quran gugur syahid di dalam peperangan menentang
orang-orang murtad kerana mereka yang alim dan menghafal Quran ini bukan sahaja
duduk di masjid tetapi mereka juga berjuang mempertahankan Islam.
Menyedari
ramai kematian penghafal Quran, Saidina Abu Bakar bimbang
Quran akan hilang. Lalu beliau mengarahkan supaya dikumpulkan al-Quranul Karim
di kalangan mereka yang menghafal dan mereka yang menulis pada tulang, belulang
dan kayu.
Pada masa
itu belum ada lagi kertas. Kertas belum lagi direka. Maka Quran bergantung
kepada tulisan pada tulang, belulang dan kayu. Kerja
pengumpulan tulisan-tulisan itu ditugaskan kepada para sahabat yang alim dalam
Quran dan hukum-hukumnya seperti Saidina Uthman, Saidina Ali, Ubai bin Kaat,
Abdullah bin Abas, Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Umar dan lain-lain lagi.
Mereka ditugaskan untuk mengumpul Quran yang dihafalkan.
Pada masa itu tidak dibenarkan hadis-hadis nabi dikumpulkan dan ditulis.
Al-Quran
dikumpulkan di zaman Saidina Abu Bakar disambung di zaman Saidina Umar dan
disempurnakan di zaman Saidina Uthman. Quran yang kita baca pada hari ini ialah
Quran yang dikumpulkan dengan sempurna di zaman Saidina Uthman RA yang dikenali
dengan Mashaf Uthmani (Resam Uthmani)
Quran
disusun dengan sempurna mengikut surah-surahnya berdasarkan arahan nabi SAW
yang diingat oleh para sahabat. Mereka menulis dalam mashaf dan Quran
dibahagikan ke daerah-daerah.
Oleh kerana
belum ada lagi kertas masa itu maka satu daerah satu Quran sahaja.
KULIAH SUBUH
YT
No comments:
Post a Comment