Apa yang
akan dibincangkan wajib kita beriman kerana ceritanya benar daripada Allah SWT.
“Dan
golongan kiri (menerima suratan amal dengan tangan kiri) merupakan
amalan-amalan jahat. Mereka adalah orang-orang kafir dan zalim. Adakah kamu
tahu siapa dia golongan kiri itu?”
Satu
soalan yang sepatutnya menggerun dan menakutkan kita.
“Mereka itu
berada di dalam samum (angin yang sangat panas yang masuk ke dalam jasad
manusia) dan air-air yang mendidih, air yang dipanaskan dengan kepanasan yang
berpuluh-puluh kali ganda daripada api di dunia,
dan naungan
daripada asap-asap yang hitam yang memanaskan, itulah dia neraka yang tidak ada
sejuk dan tidak ada kesedapan.”
Tidak
ada sesuatu yang menarik dalam neraka. Angin, air dan asap panas dan mereka
dibakar menjadi macam arang tetapi tidak mati.
Siapa yang
duduk dalam neraka itu?
“Sesungguhnya
mereka itu sebelum hari kiamat ketika mereka berada dalam dunia, mereka
mutrafin (orang diberi kesenangan dan kemewahan) lalu mereka berleka dan
berlalai dengan kesenangan dan kemewahan itu.”
Mereka
tidak mengira haram atau halal. Tambahan pula banyak kemewahan diperoleh secara
haram. Hasil diperoleh daripada rasuah dan hasil-hasil haram yang dilarang oleh
Allah Ta’ala sama ada di peringkat atas ataupun di peringkat kampung.
Ahli
neraka bukan sahaja orang atas termasuk juga orang-orang kampung. Orang-orang
dhaif yang mengikut orang atas (golongan hartawan)
Harta yang
diperoleh dengan cara haram itu dikumpul dan dinikmati dengan kesenangan dan
kemewahan.
“Dan adalah
mereka itu terus menerus dalam keadaan mengerjakan dosa yang sangat besar
iaitulah dosa syirik (menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain).
Syirik
bukan sahaja menyembah berhala termasuklah beramal
dengan undang-undang dan hukum-hukum lain daripada hukum Allah serta
menzalimi dengan peraturan-peraturan yang tidak diizin oleh Allah Ta’ala.
“Dan adalah
mereka itu bercakap pada masa di dunia dulu, adakah sekiranya kita mati setelah
menjadi tulang dan menjadi tanah mungkinkah kita dihidupkan semula?”
Bila
diberitahu mengenai hari kiamat mereka mempersenda-sendakan. Mereka bertanya
dengan pertanyaan engkar.
“Ataupun
begitu juga nenek-moyang kami yang terdahulu macam mana?
Nenek-moyang
kita sedah lama mati adakah mereka boleh hidup semula. Mereka
mempermain-mainkan dengan soalan untuk mempersenda-sendakan ayat-ayat Allah dan
mempersendakan nabi SAW serta mempersendakan orang membawa ajaran nabi SAW.
Sudahlah
tidak sedar dan bertaubat sombong pula.
“Katalah
kepada mereka wahai Muhamad SAW sesungguhnya orang-orang terdahulu dan orang
yang kemudian daripada kamu, semua mereka itu akan dihimpunkan pada satu hari
diketahui yang dimaklumkan iaitulah hari kiamat.”
Tidakkah
diberitahu akan ada hari kiamat? Hari kiamat pasti berlaku.
Hari ini
kajian sain mengaku bahawa dunia akan kiamat kerana paksi perjalanan dunia
sudah berubah. Ini mungkin disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri.
Banyak
bukit-bukau diratakan, banyak tanah-tanah paya dikambus, banyak hutan
dimusnahkan dan ujian-ujian senjata yang besar sehingga berlaku bencana alam.
Perjalanan
dunia hari ini sudah lari daripada paksinya. Ini diakui oleh mereka yang
mengkaji bumi. Perjalanan bintang juga beralih dan perjalanan matahari dan
bulan juga beralih.
Akan
tiba masanya cakrawala ini berlaga diantara satu sama lain. Bila berlaga dunia
akan menjadi hancur-lebur.
Quran
memberitahu bila berlaku kiamat semua hancur-lebur kecuali Allah Ta’ala sahaja.
Kemudian Allah Ta’ala bangkitkan semula di alam akhirat.
Perkara
ini diberitahu oleh semua rasul ASTS termasuklah nabi Muhamad SAW serta para
ulamak yang menyampaikan ajaran nabi-nabi dan rasul-rasul ASTS.
Jadi
mereka tahu hari kiamat itu berlaku.
“Selepas
berlaku kiamat, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat akan memakan
makanan daripada pokok ZAKUM yang mengeluarkan
buah-buah berduri dan pahit.
Maka buah
itu memenuhi perut-perut ahli-ahli neraka dalam keadaan yang sangat pahit dan menyakitkan, lalu mereka meminum air dari kepanasan api
neraka.”
Untuk
menghilangkan pahit mereka minum air, Mereka minum laksana unta yang dahaga
menerkam air bagi melepaskan kepahitan buah zakum, tetapi bertambah sakit lagi
kerana air itu amat panas.
Inilah
rezeki yang disediakan untuk mereka pada hari pembalasan.
NAUZUBILLAHI
MINZALIK
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment