Firman Allah
Ta’ala bermaksud:
“Sama
ada kamu menyuruh perkara baik dan mencegah kemungkaran atau senyap dan tidak
menjalankan kewajipan itu lalu Allah menjadikan orang-orang jahat memimpin kamu
atau memerintah kamu, lalu orang-orang baik berdoa, doa mereka tidak
diperkenankan oleh Allah Ta’ala.”
Ini akan
berlaku dalam masyarakat bila orang tidak menjalankan amal makruf nahi mungkar.
Akibatnya orang jahat menjadi pemimpin, orang yang mengerja maksiat menjadi
pemerintah lalu orang-orang baik duduk di masjid, duduk
di rumah atas sejadah dan berdoa, doa mereka tidak diperkenankan oleh Allah
Ta’ala.
Keistimewaan
umat Muhamad SAW ialah akan ada golongan yang menjalankan kewajipan ini. Tidak
macam kaum Bani Israil dan tidak macam umat zaman dahulu. Ini dijamin oleh nabi
SAW. Selagi belum kiamat akan ada golongan ini.
Bila tidak
ada lagi orang yang menjalankan kewajipan amal makruf nahi mungkar Allah
mematikan setiap orang beriman, suratan Quran dihilangkan dan masih ada sedikit
sahaja kepercayaan dalam hati.
Disebut
dalam hadis datang angin yang lembut mematikan orang-orang beriman. Sekiranya
orang beriman itu bersembunyi dalam batu yang pejal sekalipu nescaya angin itu
akan masuk dalam batu itu dan mematikan mereka. Masa itulah berlakunya kiamat.
Selagi belum
kiamat akan ada golongan yang menjalankan tugas itu walaupun dikecam dan
diancam. Jadi akan ada nikmat dan rahmat daripada Allah Ta’ala walaupun Islam
tidak memerintah.
Disebut
dalam surah lain:
“Orang-orang
beriman lelaki dan perempuan hendaklah tolong menolong antara satu sama lain,
menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat dan metaati Allah dan rasul-Nya, mereka itulah orang-orang
yang akan mendapat rahmat daripada Allah Ta’ala.”
Ertinya
kewajipan ini kepada orang lelaki dan perempuan. Orang lelaki dan perempuan
hendaklah berganding bahu dalam menyuruh kepada yang baik dan mencegah
kemungkaran.
Ayat ini
menyebut amal makruf nahi mungkar lebih dahulu daripada sembahyang, dulu
daripada zakat dan dulu daripada taatkan Allah dan rasul. Ini bertujuan untuk
kita memberi penekanan kepada perkara ini untuk mendapat rahmat daripada Allah
Ta’ala supaya kita termasuk di kalangan ALMUFLIHUN (kemenangan).
Untuk
mendapat kemenangan mesti ada di kalangan umat yang menjalankan dakwah yang
menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.
Ada
orang berkata kita tidak boleh mengganggu penganut agama lain. Itu pendapat
tidak betul.
Kewajipan
kita orang Islam mesti menyampaikan agama Islam. Ajak orang masuk Islam tetapi
tidak boleh paksa mereka. Kemudian kita hendak Islam itu diamalkan.
Mesti
ada di kalangan orang Islam satu golongan yang menyeru perkara itu. Sifatnya
disebut dalam Quran dan hadis nabi SAW
“Dan
hendaklah ada di kalangan kamu (bukan semua) satu kumpulan di peringkat umat
seluruhnya, di peringkat negara, di peringkat kampung yang menjalankan
kewajipan ini.”
Kalau
tidak ada maka celakalah kampung itu, celakalah negeri itu dan celakalah umat
itu.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment