Kapitlisma
ialah ajaran atau fahaman berkaitan dengan ekonomi yang mempuyai cara yang
berhubung dengan masyarakat dan politik berdasarkan kepada milik perseorangan
dan kebebasannya.
Menurut pencipta-pencipta ajaran kapitalisma ini bahawa orang
perseorangan itu menjadi milik tunggal kepada apa yang diciptakannya dan orang
lain tiada berhak ke atasnya.
Menjadi hak
kepadanya untuk memiliki jalan-jalan untuk mendapatkan benda dengan cara-cara
yang boleh menyampaikan kepadanya dengan mendorongkan perasaan mementingkan
diri yang ada di dalam diri manusia sebagai suatu cara untuk menggalakkan
kemajuan dalam bidang ekonomi dengan mengadakan beberapa peraturan yang
mengawasinya yang diberi tugas kepada negara.
Kapitalisma ialah ajaran yang berkait dengan ekonomi kemudian
melarat kepada politik kerana proses mencari harta dilindungi oleh politik.
Ajaran ini memberi hak kepada orang perseorangan untuk mencara harta dan jalan
untuk mendapatkan harta.
Pada
pendapat mereka apabila diberi kebebasan kepada orang perseorangan untuk
mendapatkan harta akan berlaku perlombaan di kalangan mereka yang mencari harta
dan membawa kepada kemajuan ekonomi dan kekayaan negara.
Golongan kapitalis ini mencampuri urusan politik kerana yang
mengawal urusan mendapat harta ialah politik pemerintah. Jadi mereka
menggunakan cara untuk menguasai pemerintah supaya mendapat peluang mencari
kekayaan dengan sebanyak mungkin.
Dasar-dasar
kapitalisma.
Diantara
dasar-dasar yang ada dalam ajaran kapitalisma ialah:
1. Milik
perseorangan kepada unsur-unsur dan sumber-sumber yang mendapatkan hasil
seperti tanah, modal dan barang-barang untuk memilik sesuatu bukan sahaja dalam
perkara seperti pakaian, alat-alat rumah, kenderaan dan binatang ternakan,
bahkan kadang-kadang boleh memiliki dalam perkara-perkara yang melibatkan
kepentingan orang ramai seperti air, api dan lain-lain.
Mereka memberi hak kepada orang perseorangan untuk memiliki
sumber-sumber harta seperti tanah, modal dengan tujuan untuk mengejar kekayaan.
Kekayaan itu
bukan sekadar untuk pakaian, alatan rumah, kenderaan dan binatang ternakan
bahkan melibatkan cara untuk menguasai orang ramai dengan menguasai
perkara-perkara kepentingan orang ramai seperti air, api, perhubungan dan
lain-lain.
Islam telah
menetapkan sebagaimana yang disabdakan oleh nabi SAW:
Manusia itu bersekutu dalam tiga perkara, pertama air, kedua api
dan ketiga padang ragut (padang rumput untuk makanan ternakan)
Itulah
adalah perkara untuk kepentingan awam dan tidak boleh diserah pengawalannya
kepada individu tertentu yang ada kepentingan.
Tetapi
ajaran kapitalisma membenarkan perkara ini dikawal oleh kalangan-kalangan
tertentu.
2. Kebebasan
bekerja kepada orang perseorangan dan menggunakan apa yang menjadi miliknya
untuk mendapat keuntangan dan kemajuan. Maka dia berusaha sedaya upaya bagi
mencapainya.
Pencipta dan
pengikut ajaran ini menganggap sifat ini menjadi pendorong yang sangat kuat dan
terpenting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu kegiatan ekonomi bagi
meningkatkan pekerjaan dan pendapatan.
Dalam hal ini mereka berpendapat bahawa orang perseorangan boleh
menggunakan apa sahaja barang miliknya untuk mencapai kemajuan dengan sedikit
kawalan daripada kerajaan.
Antara
perkara yang berlaku hari ini ialah orang yang berada memberi peluang pekerjaan
kepada orang yang tidak berada. Untuk mendapat banyak
keuntungan mereka mengambil pekerja daripada luar negeri dengan memberi upah
yang murah walaupun anak tempatan tiada pekerjaan.
Akibatnya
menimbulkan kepincangan dalam masyarakat kerana melahirkan aktiviti jenayah
seperti merompak, mencuri dan lain-lain. Ini satu daripada kecacatan ajaran
kapitalisma yang ramai orang tidak mengetahui. Kadang-kadang mereka mengambil pekerja
luar yang bukan Islam yang boleh merusakkan akhlak orang tempatan.
4.
Perlombaan di kalangan orang perseorangan berlaku apabila ada perkara-perkara
di atas di mana dengan perlombaan ini berlaku perseimbangan di dalam mengeluarkan
barang-barang dan menentukan harga kerana masing-masing mahu barang-barangnya
laris.
5.
Membahagikan kelas masyarakat iaitu orang yang menjadi pemilik di satu pihak,
pekerja dan pengguna di satu pihak lagi. Golongan pertama mentadbir orang yang
menjadi miliknya dengan memikul bebanan untung dan rugi.
Golongan
kedua pula tiada hubungan dengan untung dan rugi tetapi yang dikira ialah untuk
mendapat ganjaran dan kemudahan.
6. Berusaha
untuk maju dan meningkat dengan mengurangkan perbelanjaan, membanyakkan
pengeluaran untuk mencapai keuntungan yang lebih besar sama ada dengan mencipta
dan mencari alat-alat baru atau pekerja yang dapat memenuhi kehendaknya
disamping mencari bahan-bahan yang cukup dan membanyakkan pelanggan dengan
berbagai-bagai cara.
7. Kerajaan
tidak boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi tetapi kuasa untuk mengawas
suasana bebas dan mewujudkan keadaan yang memberi kebebasan kepada rakyat dalam
memiliki harta dan melakukan kegiatan ekonomi.
Kerajaan
tidak boleh campur tangan dalam ekonomi hanya sebagai pengawas sahaja. Apa yang
berlaku ialah kegiatan mereka memerlukan kemudahan-kemudahan daripada kerajaan.
Untuk mendapat kemudahan akan berlaku rasuah kepada pemimpin atau kepada parti
yang memerintah.
Mereka akan
menolong parti dalam pilihan raya dengan memberi sumbangan kewangan dan
mendapat projek dan segala kemudahan selepas pilihan raya.
Ini adalah
ajaran sesat berlaku dalam sistem kapitalisma yang perlu kita fahami.
Sejarah dan
tokoh
Fahaman
kapitalisma lahir di negeri-negeri Eropah yang dikuasi oleh pemerintahan Rom
yang mewujudkan golongan feudal (golongan yang menguasai ekonomi) dan
penguasaan golongan agama yang membawa ajaran kepentingan peribadi bertolak
daripada memisahkan agama dengan dunia.
Kemudian
membebaskan diri daripada golongan feudal bangsawan diikuti kelahiran golongan
hartawan dan golongan menengah yang lahir daripadanya golongan kapitalis yang
berlomba mengejar kekayaan sehingga berlaku pandangan untuk kebebasan bermula
pada awal kurun ke-16 Masihi secara berperingkat-peringkat iaitu
pertama-tamanya seruan membebaskan dari belenggu agama.
Kemudian
kebebasan dari ajaran nasionalisma dengan membebaskan bangsa masing-masing
kemudian kebebasan dalam bidang tabi’ termasuk dalam kegiatan ekonomi.
Penciptanya
terdiri daripada ahli-ahli falsafah bukan Islam dan diantaranya tidak percaya
kepada tuhan dan bermusuh dengan agama. Walaupun ada yang beragama tetapi
agamanya bukan Islam dan bermusuh dengan Islam.
Antara
tokoh-tokohnya ialah John Loke, Fakp, Miravo, Adam Smith dan lain-lain.
Apa yang menjadi masalah ajaran ini masuk dalam kepala
orang Islam dan mereka tidak sedar perkara ini tidak menepati ajaran Islam.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment