Sabda Rasulullah SAW:
Dari Anas RA
dan dari Rasulullah SAW, sabdanya:
“Tiga perkara yang ikut orang mati iaitu keluarganya, hartanya dan
amalannya. Kedua-dua kembali tinggal satu. Yang kembali keluarganya dan
hartanya, yang tinggal amalannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis
menunjukkan apabila seseorang meninggal dunia tiga perkara yang ditinggalkan.
Pertama, keluarganya, anak-beranaknya dan kawan-kawannya. Kedua, hartanya dan
ketiga, amalannya. Bila dia mati satu sahaja yang ikut bersamanya iaitu amalannya.
Keluarga dan
kawan-kawan mengiringi setakat pengkebumian sahaja. Agama Hindu purba bila
suami mati, isteri dibakar bersama mayat suami. Jika isteri mati suami tidak
dibakar bersama. Bila Islam bertapak di India ajaran itu dihapuskan bukannya
Inggeris kerana Inggeris datang kemudian.
Harta yang
bersama dengannya ialah kain kafan dan alat-alat kematian seperti keranda.
Banyak mana harta sekalipun tidak dikambus sekali dengan mayat. Jika dikambus
pun tidak boleh menolong apa-apa.
Firaun
membuat pyramid dan di atas puncaknya ada dua bilik. Satu bilik untuk mayatnya
dan satu bilik lagi untuk barang-barang kesayangannya yang diawit seperti kuda,
ikan yang dia suka makan dan lain-lain. Ini tidak boleh menolong dia kerana
alam barzakh tidak serupa dengan alam dunia.
Hanya
iman dan amalan solih sahaja yang menolong seseorang itu di alam barzakh dan di
akhirat. Jika seseorang itu beriman dan beramal solih mati dimakan harimau,
mati dalam laut, mati kemalangan kapal terbang dan lain-lain, dapat nikmat
syurga.
Jika seseorang itu zalim, banyak membuat maksiat dan kafir pula
walaupun ditanam dalam keranda emas seksalah dia di alam barzakh.
Abdullah bin Ubai pemimpin munafik, bila mati dikafan dan ditanam
dengan jubah nabi, nabi sembahyangkannya, nabi pergi hantar ke kuburnya dan
mati pula di Madinah, tidak boleh buat apa-apa. Dia diazab dalam alam barzakh
dan masuk neraka pada hari kiamat kerana tidak ada iman.
Mengikut hadis sesungguhnya seseorang kamu masa hidupnya beramal
dengan amalan ahli syurga sehingga sehasta lagi dengan mati lalu dia beramal
dengan amalan ahli neraka (menolak mana-mana hukum Islam) maka masuk nerakalah
dia.
Sesungguhnya seseorang kamu masa hidupnya beramal dengan amalan
ahli neraka (berjudi, berzina dan termasuk membunuh) tinggal sehasta lagi
dengan kematian lalu dia bertaubat dan menyesal segala perbuatan jahatnya dan
mati masuk syurga.
Ada juga
orang yang kuat ibadatnya tetapi ujud, ada sifat riak (bangga dengan dirinya
sendiri), tidak ikhlas kerana Allah Ta’ala, tidak ada takwa di dalam dirinya.
Ada orang kuat buat maksiat, menyesal dan bertaubat. Orang ini ada takwa dalam
dirinya.
Jangan jadi
macam iblis. Iblis pada mulanya menjadi pemimpin kepada jin yang ada di bumi.
Kemudian melakukan kejahatan lalu Allah menghantar tentera malaikat menawan
azazil, pemimpin mereka, mengangkatnya ke langit dan hidup bersama malaikat.
Azazil ini hidup bersama malaikat beribadat, rukuk, sujud, bertasbih,
bermunajat, boleh bercakap dan berdialog dengan Allah Ta’ala.
Allah Ta’ala
jadikan Adam AS, makhluk manusia yang akan diletak di bumi. Di bumi Allah
Ta’ala menyuruh malaikat dan iblis sujud menghormati Adam.
“Dan ingatlah apabila kami bertemu para malaikat dan semua yang
hadir supaya sujud kepada Adam untuk menghormatinya melainkan iblis enggan dia
sombong dan berkata aku lebih baik daripada Adam, Engkau jadikan aku daripada
api tetapi Engkau jadikan Adam daripada tanah.”
Maka iblis
menjadi kafir kerana melawan Allah Ta’ala. Bukan main kuatnya ibadat dan dapat
berdialog dengan tuhan tetapi menjadi kafir kerana ingkar.
Ada kalangan
ahli kitab zaman dahulu menunggu kelahiran nabi Muhamad SAW kerana kitab yang
dibaca menyebut nabi akhir zaman akan lahir ke dunia, mereka tunggu sehingga
mati dan mati sebagai suci dan bersih. Ada kalangan mereka yang sempat dengan
nabi, Warakah bin Naufal dalam keadaan
buta kemudian meninggal dunia dengan selamat.
Ada
kalangan ahli kitab yang mengetahui kelahiran nabi akhir zaman membuat ibadat
dengan bertapa dengan harapan dialah dilantik menjadi rasul. Tiba-tiba tuhan
melantik nabi Muhamad. Dia marah kerana tidak melantiknya, maka menjadi kafir
kerana ingkar.
Begitu juga
ulamak ahli kitab yang berhimpun di Madinah ramai-ramai menunggu di Madinah.
Tetapi apabila nabi datang mereka melawan nabi kerana tuhan melantik nabi
daripada bangsa Arab, tidak melantik nabi daripada bangsa Yahudi.
Ada kalangan
ulamak ahli kitab ini alim dan ibadat kuat tetapi melawan Islam, jawabnya dalam
neraka.
Ini
menunjukkan iman dan amalan yang solih tersangat penting bagi seseorang untuk
bersama dengannya pada hari kiamat. Jadi kita hendaklah istiqamah (tetapkan
hati di atas jalan yang betul) hingga ke akhir hayat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment