ALLAHUMMA
A’INNI ‘ALA ZIKRIKA WASYUKRIKA WAHUSNI ‘IBA DATIK
Maksudnya:
Ya Allah ya
Tuhanku tolongkanlah aku supaya aku sentiasa berzikir menyebut-Mu dan supaya
aku bersyukur kepada nikmat-Mu dan supaya aku sentiasa beribadat kepada Mu
wahai Tuhan.
Tidak
boleh memadai dengan kerja-kerja kita sahaja, kita hendaklah sentiasa meminta
pertolongan daripada Allah SWT.
Setiap
rakaat sembahyang kita menyebut IYYA KANAKBUDU WAIYYA KANAS TA’IIN (akan Engkau
kami sembah dan akan Engkau kami minta tolong)
Kita minta
tolong daripada Allah Ta’ala supaya kita sentiasa di dalam mengerjakan amal
kebajikan, bersifat dengan sifat yang baik dan menjadi orang beristighfar dan
orang yang baik dengan pertolongan daripada Allah Ta’ala.
Orang
yang melakukan kerja-kerja yang baik di masa sihat diberi pahala itu semasa dia
sakit.
Jika
seseorang itu semasa sihat dia sentiasa membuat ibadat tiba-tiba jatuh sakit
dan tidak mampu membuat ibadat dan dia sabar maka diberi pahala yang sama
kepadanya.
Inilah
kelebihan menjadi orang Islam dan menjadi orang beriman.
KULIAH
TAFSIR YT
ZZ
No comments:
Post a Comment