“Dan
mengelilingi mereka pelayan-pelayan terdiri daripada lelaki-lelaki yang
muda-muda, cantik rupa parasnya dan menghidangkan makanan dan minuman.”
Disamping
isteri-isteri yang cantik ada pelayan-pelayan yang cantik yang melayan mereka
dengan sepuas-puasnya
“Seolah-olah
anak-anak muda yang melayan itu mutiara-mutiara yang disusun.”
Ada ulamak
mengatakan pelayan-pelayan itu adalah anak-anak orang musyrikin yang dimasukkan
ke dalam syurga.
Diriwayatkan
oleh umirul mukminin Aisyah RA bahawa nabi SAW bersabda:
“Sekurang-kurang
ahli syurga yang paling rendah murtabatnya ialah seorang yang memanggil
khadamnya untuk berkhidmat lalu dijawab oleh seribu khadam. Semuanya menjawab
“ya! Ya!”
Diriwayatkan
oleh al-Hasan yang bertanya Rasulullah SAW:
“Ya
Rasulullah sekiranya khadam-khadam itu cantik laksana mutiara bagaimana dengan
tuannya.”
Jawab nabi
SAW: “Beza diantara tuan dalam syurga dengan khadam-khadamnya laksana bulan
penuh purnama di kalangan bintang-bintang yang paling kecil.”
Itulah
kecantikan yang dijadikan oleh Allah SWT.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment