Diriwayatkan
seorang perempuan tua datang mengadap nabi SAW meminta nabi berdoa untuknya
masuk syurga.
Lalu
nabi bersabda: “Perempuan tua tidak masuk syurga.”
Bila
mendengar ucapan nabi SAW perempuan itu menangis teresak-esak di hadapan nabi
kerana dia berfikir tidak ada harapan masuk syurga sebab sudah tua.
Nabi
berkata: “Bukan maksud begitu! Dalam syurga tidak ada orang tua. Semuanya dalam
lengkungan umur 33 tahun. Dan kekal dan tidak tua selama-lamanya.”
Tuhan berkuasa menjadikan ahli syurga begitu.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment