Firman Allah Ta’ala surah ar-Rahman ayat 56 -71:
( 56 )
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya
tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka
oleh manusia dan jin;
( 57 )
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
( 58 )
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan
marjan.
( 59 )
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
( 60 )
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang
baik juga?
( 61 )
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
( 62 )
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan
bagi golongan peringkat yang kedua);
( 63 )
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
( 64 )
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
( 65 )
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
( 66 )
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus
memancutkan airnya:
( 67 )
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
( 68 )
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan
delima,
( 69 )
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
( 70 )
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik
akhlaknya, lagi cantik parasnya;
( 71 )
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
Ayat-ayat
yang kita baca menceritakan perkara hari kiamat yang wajib kita beriman kerana
ia adalah firman Allah SWT yang terang dan nyata. Diantaranya disebut:
“Di
dalam syurga ada anak-anak bidadari yang menumpu pandangannya kepada
suami-suaminya sahaja yang tidak pernah disentuh oleh manusia dan jin
sebelumnya.”
Anak-anak
bidadari yang cantik yang menumpu pandangan kepada suami-suami sahaja dan
mereka adalah isteri-isteri yang tidak pernah dicabuli atau disentuh oleh
manusia dan jin.
Ayat
ini menyatakan dalam syurga ada isteri-isteri bagi mereka yang beriman dan
beramal salih.
Bagaimana
pula dengan isteri-isteri yang ada?
Para ulamak
membahaskan perkara tersebut. Para ulamak mengatakan bidadari lebih cantik
daripada isteri yang masuk syurga. Isteri menjadi ketua kepada bidadari dalam
syurga. Mereka berdalilkan kepada doa sembahyang jenazah:
“Dan
tukarkan dia isteri yang lebih cantik daripada isterinya yang ada, dan suami
lebih baik daripada suaminya yang ada (jika suaminya kafir).”
Doa ini
menjadi dalil bahawa isteri (bidadari) dalam syurga lebih baik daripada isteri
dalam dunia.
Ulamak
seperti Abdullah bin Mubarak menyatakan bahawa isteri atas dunia jika masuk
syurga lebih baik daripada bidadari kerana di sana ada riwayat yang mengatakan
bahawa kecantikan isteri atas dunia ditambah sehingga 70 kali ganda lebih
daripada bidadari kerana iman dan amal-amal salih mereka.
Bidadari
dalam syurga adalah makhluk dijadikan di alam akhirat berbeza dengan manusia
dijadikan di alam dunia.
“Maka yang
mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
Mana satu
yang kamu hendak nafikan, sila jawab manusia dan jin
“Seolah-olah
mereka itu permata yaakub dan marjam, permata yang cantik.”
“Maka yang
mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
Sila jawab
wahai manusia dan jin. Memang kamu tidak boleh jawab.
“Adakah
mereka yang berbuat baik tidak ada balasan.”
Orang yang
membuat baik dibalas dengan baik juga.
“Maka yang
mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
Ayat-ayat
yang kita baca adalah janji-janji Allah yang wajib kita percaya dan beriman
kepadanya.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment