Komunisma ialah satu ajaran atau fahaman yang berkait dengan
ekonomi yang juga mempunyai cara berhubung dengan politik dan kemasyarakatan
berdasarkan kepada kebendaan semata-mata. Ia dibentuk sebagai tindak balas
daripada fahaman kapitalisma.
Komunis atau
komunisma ialah satu fahaman yang tidak diketahui oleh kebanyakan kita. Bagi
orang kita bila masuk hutan melawan kerajaan dinamakan komunis. Itu fahaman
diajar oleh orang putih. Sebenarnya orang masuk hutan melawan penjajah adalah
mujahidin bukan komunis.
Komunisma
adalah satu ajaran sesat seperti kapitalisma.
Kapitalisma bertuhankan kepada kebendaan dan komunisma juga bertuhankan
kebendaan. Kedua-duanya berdasarkan kepada benda.
Komunisma
adalah tindak balas daripada fahaman kapitalisma. Kapitalisma memberi hak
kebebasan kepada individu untuk mencari harta kekayaan sebebas-bebasnya tanpa
mengira halal dan haram.
Komunisma
pula ialah ajaran yang menghapuskan kebebasan orang perseorangan dengan
menganggap harta adalah milik umum bukan milik orang perseorangan.
Pengasas dan
pemimpin
Pengasasnya
yang pertama ialah seorang Yahudi Jerman bernama Karl Mark yang
mengistiharkan ajarannya pada tahun 1848 dan pada tahun 1867 mengeluarkan buku bernama Dash Capital (fahaman modal).
Karl Mark
ialah seorang Yahudi yang mendapat kerakyatan Jerman. Kapitalisma juga Yahudi
yang membawa ajarannya.
Sebelum Karl
Mark ada seorang lagi di Farsi yang membawa ajaran semuanya milik umum, bukan
sahaja harta termasuklah perempuan. Tidak perlu kahwin dan bebas melakukan
hubungan jenis.
Ajaran
bernama Mazdas yang sama dengan binatang ini lahir sebelum kelahiran nabi
Muhamad SAW. Ajaran Mazdas dipengaruhi oleh ajaran Majusi yang membolehkan
seseorang itu berkahwin dengan anaknya dan adik-beradiknya.
Pembantu
kepada Karl Mark bernama Agel, kemudian Lenin yang memimpin Revolusi Komunis di
Rusia sehingga menubuhkan kerajaan yang menegakkan ajarannya.
Berikutnya
diteruskan oleh Starlin yang menjadi pemimpin selepas Lenin. Antara pemimpinnya
ialah Trusti, seorang Yahudi Rusia. Dia berpecah daripada Starlin kerana
berselisih pendapat.
Di
negeri China pula dipimpin oleh Mao Zhi Ton yang menubuhkan kerajaan Komunis di
negeri China.
Karl Mark
yang tidak sempat mencapai kemenangan mendirikan negara disambung oleh
muridnya, Lenin. Lenin juga dikatakan Yahudi. Karl Mark mengistiharkan kaum
buruh pada 1 Mei. Kita pun sambut hari buruh 1 Mei padahal ini adalah hari raya
Karl Mark.
Karl Mark mengajak kaum buruh berjuang untuk menggulingkan
kerajaan bagi mendirikan kerajaan komunis. Ramai orang miskin menyokongnya
kerana harta orang kaya diagihkan kepada orang miskin. Negeri-negeri miskin
ramai menyokong ajaran ini.
Lenin telah berjaya melancarkan Revolusi Valcavik yang
menggulingkan kerajaan Zal di Rusia dan mendirikan kerajaan komunis Soviet
Union. Dia menakluk negeri-negeri orang Islam di Asia Tengah dan
disambung oleh Starlin.
Mereka
memilik negara syarikat-syarikat bas, syarikat kereta api, kilang gandum dan
semuanya dimilik negara. Tidak ada milik perseorang semuanya hak kerajaan dan
dibahagi kepada orang ramai.
Akhirnya
syarikat bas menjadi lumpuh dan syarikat kereta api juga menjadi lemah dan
lumpuh kerana barang itu bukan miliknya, milik kerajaan.
Truski adalah
pengikut Lenin yang berpecah dengan Starlin menubuhkan mazhabnya sendiri.
Kemunis juga ada mazhabnya. Mao Zi Ton ada mazhabnya sendiri dan sehingga hari
ini komunisma masih wujud di Russia.
Ajarannya disebarkan di Vietnam dan di Cuba serta
negeri-negeri Islam yang dijajah seperti Albania. Lebih kurang 80% rakyat
Albania adalah Islam tetapi diperintah oleh komunis. Orang Islam yang miskin
yang tidak faham agama menyokong ajaran komunis ini.
Komunis memerintah, muftinya ditangkap dan dipenjarakan
berpuluh-puluh tahun kerana ajaran komunis tidak membenarkan agama.
Dasar-dasar
dan pegangan.
Diantara
dasar-dasar yang menjadi pegangan kepercayaan komunisma ialah:
1. Tidak
percaya kepada adanya tuhan. Tuhan-tuhan karut katanya. Walaupun dia berkata
tuhan karut Lenin, apabila sakit berat menyebut nama Allah. Lalu
pembesar-pembesarnya bertanya mengapa sebut nama tuhan sedangkan Karl Mark
berkata tiada tuhan. Lenin berkata dia tidak dapat menanggung kesakitan.
Orang tidak
percaya kepada tuhan bila terdesak dia akan menyebut nama tuhan. Mereka yang
menaiki kapal terbang, bila berlaku kerosakan menyebabkan akan jatuh maka
mereka akan ingat kepada tuhan. Sifat semula jadi manusia percaya adanya tuhan.
Starlin yang memimpin Soviet Union dalam perang dunia kedua tidak
mampu menghadapi tentera Jerman, lalu minta tolong masjid-masjid dan gereja
berdoa kepada tuhan untuk melawan tentera Jerman.
Golongan komunis menolak adanya tuhan dan
perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin, dosa, pahla dan sebagainya kerana
mereka menjadikan kebendaan semata-mata sebagai asas kepercayaan.
Terdapat
penganut ajaran komunisma ini meminda ajaran mereka menurut keadaan setempat
tetapi kebendaan menjadi asas ajaran mereka.
Komunis menentang bukan sahaja Islam tetapi semua agama
dengan sekeras-kerasnya dan Islam paling keras ditentangnya kerana agama Islam
ada jihad.
2. Menentang
milik perseorangan terhadap harta benda dan menjadikannya milik umum, tidak
dibenarkan sama sekali kepada orang perseorangan untuk memiliki harta yang
banyak. Maka harta yang banyak dihasilkan oleh sesiapa pun akan dimilik
negarakan untuk menjadi milik umum.
Orang
perseorang jika memiliki kekayaan akan dirampas dan dimilik negarakan.
Islam tidak menghalang orang memiliki kekayaan tetapi
wajib mengeluarkan zakat dan digalakkan membuat infak sebanyak mungkin.
Merampas harta orang tidak dibenarkan oleh syarak.
3.
Menghapuskan kelas di dalam masyarakat iaitu kelas majikan dan buruh dengan
mencetuskan penguasaan politik walaupun dengan menggunakan senjata supaya
pemerintahan dikuasai oleh masyarakat buruh.
Mereka
mendakwa pemerintahan dikuasai oleh masyarakat buruh dan semua menjadi
pemimpin. Ini satu pembohongan. Pemimpin buruh yang menjadi pemimpin. Pemimpin
ini mengumpul kekayaan secara bersembunyi dan tidak ada pemisahan kuasa dalam
mahkamah. Mahkamah dicampur tangan oleh pemimpin-pemimpin politik.
Dalam
Islam ada pemisahan antara pemimpin dengan pentadbiran pejabat dan dengan
mahkamah. Pemimpin tidak boleh campur tangan dalam urusan mahkamah kecuali
mahkamah tersasar daripada prinsip asas.
Ini diajar
oleh Islam dan diajar oleh nabi SAW. Nabi Muhamad pernah berselisih faham para
sahabat dan membawa ke mahkamah. Hakim dilantik untuk mengendalikan urusan
nabi. Walaupun Rasulullah seorang rasul dia menyelesaikan masalah melalui
kehakiman.
Mana-mana negara yang mencampur tangan dalam urusan
mahkamah adalah mengikut jijak langkan sistem komunisma.
Dalam sistem komunis tidak ada pemisahan kuasa. Oleh sebat itu
bila mereka menakluk sesebuah negeri mereka membunuh rakyat dengan
sewenang-wenang seperti yang berlaku di Rusia, di negeri China dan Kemboja.
4.
Menjadikan rakyat mengabdikan diri kepada negara semata-mata. Tidak ada prinsip
beribadat kepada Allah kerana negara dan bendalah menjadi tuhan untuk disanjung
dan dipuja.
Tidak ada
mengabdikan kepada Allah. Yang ada mengabdikan diri kepada negara. Kita ada
khidmat untuk negara. Ada juga sedikit ajaran komunis.
Kita orang Islam mengabdikan diri kepada Allah SWT dalam
semua urusan.
5.
Menafsirkan sejarah dengan pertarungan diantara kaum buruh dengan majikan yang
berakhir dengan penguasaan kaum buruh secara kekerasan.
Dalam
sejarah tidak selama-lamanya ada kelas. Ada majikan yang memiliki kilang,
ladang dan sebagainya, dan ada buruh sebagai pekerja-pekerjanya. Lama-kelamaan
kaum buruh akan memberontak dan merampas harta majikan. Akibatnya harta akan
menjadi milik kaum buruh, milik ramai-ramai.
Akhirnya
tidak ada pemimpin kerana sama kelas. Ini semua karut.
Sampai hari
ini negara komunis ada pemimpin dan akhirnya negara komunis hancur juga.
Negara-negara komunis yang ada sekarang dasarnya sudah diubah.
6.
Beriktikad kepada tidak ada hari akhirat dan perkara-perkara berhubung
dengannya.
Kata mereka
tiada akhirat kerana bila mati diganti dengan orang lain pula. Itulah
selama-lamanya.
Pada hari
ini ahli-ahli sains sudah mengakui hari akhirat akan ada dan sudah ada
tanda-tanda hari akhirat bukan sahaja disebut dalam Quran dan hadis tetapi
berlaku maksiat, berlaku kemungkaran, berlaku banjir dan berlaku banyak gempa
bumi.
Mereka
percaya dunia akan kiamat kerana kerosakan yang berlaku akibat tangan-tangan
manusia. Banyak asap yang menyebabkan cuaca berubah. Dalam masa yang sama
bukit-bukau dibuang untuk menambun paya-paya. Semuanya menyumbang kepada
kerosakan semula jadi.
Quran
menyebut bukit-bukit adalah paku kepada bumi. Bila dibuang bukit paksi bumi
akan berubah dan ahli-ahli sains sekarang sedang memberi amaran bahaya gunung
salji di kutub utara dan kutub selatan runtuh.
Akibatnya bila salji yang besar itu cair air laut bertambah dan
beberapa buah pulau dan negeri akan tenggelam.
Ahli-ahli sains percaya akan berlaku gempa bumi lebih
besar daripada tsunami yang berlaku di Indonesia dan akan berlaku
bintang-bintang di langit berlaga diantara satu sama lain kerana paksi bumi
sudah berubah.
Bintang-bintang yang lebih besar daripada bumi itu akan
berlaga dengan bumi menyebabkan berlaku kiamat.
Jadi apa
yang diberitahu oleh nabi-nabi dan rasul-rasul tentang berlaku hari kiamat
sudah diakui hari ini. Nabi kita Muhamad SAW berpesan supaya bersedia dengan
hari kiamat kerana manusia akan dihidupkan semula. Tetapi orang komunis tidak
percaya kepada hari kiamat.
Pertentangan
antara komunisma dengan ajaran Islam.
1. Komunisma adalah kekufuran yang sangat besar kerana
mengingkari wujudnya Allah, perkara-perkara ghaib dan hari kiamat yang perkara
aqidah di dalam ajaran Islam.
Jadi komunis menolak semua rukun iman. Oleh itu
komunisma adalah kafir besar.
2.
Bercanggah dengan fitrah manusia yang berhajat kepada keperluan ruh dan jasad
dengan cara yang betul. Mempunyai sifat ananiah (keakuan) dan hidup
bermasyarakat yang mesti ditimbang dengan adil.
Ajaran
komunis bercanggah dengan sifat semula jadi manusia yang mempunyai sifat
ananiah. Komunis cuba menghapuskan sifat ini. Pada peringkat awal mereka hendak
hapus perkahwinan. Anak yang dilahirkan diserah kepada kerajaan.
Siapa
ayahnya?
Kerajaan
ayahnya. Akibatnya hilang kasih sayang ibu-bapa.
Hari ini di
Soviet Union terdapat banyak jenayah; ramai perompak dan ramai penyamun kerana
tidak ada tanggungjawab keluarga. Masyarakat menjadi rosak. Manusia tidak boleh
diatur macam barang-barang kilang. Manusia mempunyai ruh dan jasad mesti ada
sayang kekeluargaan.
Akhirnya
perkahwinan melalui register supaya ada tanggungjawab keluarga. Milik
perseorangan mula dibenarkan semula kerana penghapusan hak milik perseorang
tidak dapat mengembangkan ekonomi negara.
3. Tidak
berperi kemanusian kerana menjadikan manusia seperti kilang dan alat seperti
merampas hak milik mereka yang sepatutnya sedangkan pemimpin komunis menjadi
pemilik yang lebih besar bernafsu daripada orang-orang bangsawan dan kaya di
negara-negara komunis.
Ada pemimpin
negara sosialis yang hampir dengan komunis memilik kemewahan apabila dia mati
senapangnya diperbuat daripada emas. Oleh kerana terlalu banyak harta senapang
diperbuat daripada emas. Itulah dahsyatnya yang berlaku di negara komunis.
4. Mempunyai
kelemahan-kelemahan yang terbuka kerana ia dicipta oleh manusia yang lemah dan
bersifat dendam terhadap sesama manusia dengan cara yang sangat zalim.
Bila menang
mereka tidak mengawal diri kerana tiada ruh. Mereka dengan sewenang-wenangnya
membunuh seperti apa yang berlaku di Kemboja. Bila ada dendam mereka akan
tembak. Orang banyak harta ditembak. Sehingga berjuta rakyat Kemboja ditembak.
Itulah yang
berlaku terhadap negara-negara yang ditakluk komunis. Mereka melakukan
kekejaman kerana tidak ada peri kemanusiaan. Mereka lebih teruk daripada
binatang lagi kerana akal digunakan untuk melakukan kezaliman.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment