Dalam sejarah
Islam berlaku peristiwa yang tidak diduga akibat daripada keberkatan hukum
Allah.
Di zaman
Saidina Umar berlaku satu kes mengenai seorang pengembala unta.
Untanya
terlepas dan masuk dalam kebun. Tuan unta membunuh unta tersebut.
Setelah
didapati untanya dibunuh pengembala itu menemui pemilik kebun lalu berlaku
pertelingkahan. Pemilik kebun bercakap keras, pengembala mengambil batu dan
menghempap kepala tuan kebun lalu mati.
Kes dibawa
ke mahkamah dan dijatuh hukuman qisas.
Sebelum dijalankan hukuman pengembala meminta izin daripada Saidina Umar untuk
balik ke kampung menyelesaikan pusaka adiknya yang masih belum baligh. Ayahnya
telah meninggal dan pusaka perlu diselesaikan.
Saidina
kata, “Siapa mahu jamin diri.”
Abu
Zar kata: “Biar sayalah jamin.”
Pengembala
balik ke kampungnya dan tidak datang-datang sehingga beberapa bulan. Selepas sekian lama pengembala itu datang dalam
keadaan tidak terurus diri kerana menaiki unta yang agak jauh.
Saidina Umar
berkata kepadanya:
“Kenapa
kamu datang, mengapa tidak lari, tidak ada siapa yang pergi cari kamu.”
Polis tiada
masa itu.
Jawap
pengembala:
“Saya
datanglah untuk menerima hukuman.”
Ini
menunjukkan iman berada dalam diri dia takut kepada hukum Allah Ta’ala lalu
datang menyerah diri.
Keluarga
mangsa melihat bagaimana penjenayah sanggup menyerah diri, tuhan masukkan
perasaan kasihan dalam hatinya lalu mengampunkan pengembala itu.
Saidina Umar
bertanya Abu Zar:
“Kamu jamin
dia, adakah kamu kenal dia.”
Abu Zar
kata:
“Tidak
kenal.”
“Mengapa
kamu jamin” tanya Saidina Umar.
Abu
Zar kata:
“Oleh
kerana tidak orang hendak jamin, saya jaminlah.”
Ini
menunjukkan persaudaraan Islam yang berlaku di zaman itu, zaman syariat Islam dilaksanakan.
Zaman Saidina Ali berlaku satu kes pembunuhan di pasar daging. Pembunuhan
berlaku dekat dengan tandas dan pembunuh dapat melepaskan diri.
Orang ramai
yang menyedari kejadian itu memberi pertolongan dan cuba mencari pembunuh.
Tiba-tiba seorang penjual daging yang penuh dengan darah di bajunya mempunyai
pisau di pinggang keluar dari tandas lalu orang ramai menangkapnya dan
menganggap dialah pembunuhnya.
Penjual
daging itu disoal siasat. Dia tidak pandai berhujah dan tidak menggunakan
wakil. Dia kata dia bukan pembunuh dan darah di bajunya adalah darah daging
lembu.
Oleh kerana
tidak tahan disoal bertalu-talu dia pun mengaku sebagai pembunuh. Namun begitu
hukuman tidak dilaksanakan kerana tidak cukup bukti. Dia ditahan sehingga cukup
bukti.
Selepas
beberapa lama pembunuh sebenar yang mendapat keinsafan daripada Allah Ta’ala
dan takut kepada pembalasan hari akhirat datang membuat pengakuan.
“Sayalah
pembunuh. Dia penjual daging” kata pembunuh sebenar.
Jawab
penjual daging:
“Saya
yang bunuh, bukan dia”
Jadi kedua-dua mereka mengaku pembunuh.
Keluarga mangsa pula melihat pembunuh sanggup menyerah
diri kerana ingat kepada hari akhirat dan dia pula teringat jika mengampun
orang mendapat pahala yang besar lalu mengampun penjenayah itu.
Ini berlaku
dalam sejarah Islam.
Kesemuanya berlaku kerana syariat Islam dan ada iman. Undang-undang
manusia tidak ada ruh dan tidak ada iman. Oleh sebab itu manusia tidak boleh
menyelesaikan masalah keamanan negara kerana ‘hisab mereka terserah kepada
Allah’ tidak ada dalam undang-undang manusia tetapi ada dalam undang-undang
Islam.
Inilah rahsia bagaimana undang-undang Islam dapat menyelesaikan
masalah. Oleh itu kita orang-orang Islam patut balik kepada undang-undang Islam
baharulah selesai masalah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment