“Di dalam syurga juga ada bidadari-bidadari yang baik perangainya dan cantik rupa parasnya.”
Perangai
bidadari baik dan rupa parasnya sangat cantik. Mereka merupakan isteri-isteri
ahli syurga. Bidadari bukan manusia dan mereka dijadikan di alam akhirat.
Berbeza
dengan manusia yang dijadikan di alam dunia. Para ulamak berbincang mana lebih
cantik antara bidadari dan wanita-wanita dunia yang masuk syurga.
Ada ulamak
mengatakan bahawa bidadari lebih cantik kerana berdalilkan doa sembahyang
jenazah. Dalam doa itu:
“Wahai Tuhan
gantikan kepada dia isteri yang lebih baik daripada isteri yang ditinggalkan,
keluarga yang lebih baik daripada keluarga yang ditinggalkan.”
Sesetengah
ulamak pula antaranya Abdullah bin al-Mubarak mengatakan bahawa perempuan dunia
lebih cantik daripada bidadari kerana ada nas mengatakan:
“Sesungguhnya
perempuan-perempuan dunia yang masuk syurga diberi kelebihan mengatasi
anak-anak bidadari dengan amal-amal mereka dalam dunia.”
Bidadari
tidak ada amalan dan dijadikan begitu sahaja. Adapun perempuan-perempuan dunia
amalan-amalan yang salihnya melebihkan mereka daripada bidadari di dalam
syurga.
“Anak-anak
bidadari tinggal sahaja di dalam khemah dan tidak keluar daripada khemah-khemah
mereka.”
Bidadari
tidak merayau-rayau tidak tentu hala. Mereka duduk ditempat tinggal iaitu dalam
khemah sahaja. Suami-suami mereka tidak perlu cemburu.
“Maka yang
mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
Sila jawab manusia dan jin.
“Di mana perempuan-perempuan syurga iaitu
bidadari-bidadari dalam syurga tidak pernah disentuh oleh manusia dan jin”
Bidadari-bidadari
ini tidak pernah disentuh oleh manusia dan jin kerana mereka dijadikan di dalam
syurga.
“Maka yang
mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” Sila
jawab manusia dan jin.
“Mereka
berjerengeng di atas cadar-cadar berwarna hijau dan permaidani yang indah yang
tiada bandingan dan tiada tandingan.”
“Maka yang
mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” Sila
jawab wahai manusia dan jin.
“Maha suci
nama Tuhanmu wahai Muhamad SAW, nama yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”
Diantara nama tuhan ialah Zaljala Liwal Ikram.
Nabi
menyebut dalam hadis lazimkan diri kamu menyebut YAZALJALA LIWAL IKRAM yang
bermakna Wahai Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kebesaran yang tiada
tandingan tiada siapa mengatasinya dan kemuliaan yang mengurniakan rahmat yang
tidak terhingga kepada hamba-hamba-Nya.
Tidak boleh
diukur di atas dunia bagaimana baiknya nikmat itu. Itulah Tuhan yang Maha Esa
yang wajib kita beriman kepadan-Nya dan kepada ayat-ayat-Nya yang semuanya
benar.
KULIAH TAFSIR
YT
No comments:
Post a Comment