“Dan dari
Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah bersabda demi sesungguhnya pemegang busul
panah, sekadar pemegang busul panah di dalam syurga lebih baik daripada apa
yang naik matahari dan jatuh matahari.”
Ini
menunjukkan sekadar separuh busul panah yang ada dalam syurga lebih daripada
dunia dan segala isinya. Nikmat syurga
tidak boleh dibanding dengan nikmat dunia.
Hadis 2
(Riwayat Muslim)
Dari Annas
RA bahawa Rasulullah SAW bersabda sesungguhnya dalam syurga itu ada pasar.
Ahli-ahli syurga mengunjunginya setiap Jumaat lalu angin yang datang dari utara
bertiup dan mengenai wajah-wajah dan pakaian-pakaian mereka menjadikan mereka
bertambah cantik dan segak.
Bila kembali kepada keluarga masing-masing dalam keadaan bertambah
cantik dan segak, lalu berkata kepada keluarga ‘demi Allah kami nampak kamu
lebih cantik dan segak lebih daripad masa kami tinggal dulu.
Lalu
keluarga mereka yang berada dalam syurga berkata kamu juga bertambah cantik dan
segak selepas meninggalkan tempat kami tadi.
Hadis ini
menunjukkan diantara nikmat syurga ialah boleh pergi ke
pasar. Manusia suka pergi ke pasar atau supermarket, maka Allah buat pasar dalam syurga. Mereka pergi ke
pasar untuk bersukaria.
Mereka
ditiup oleh angin menjadikan mereka lebih cantik dan segak. Rupa dan pakaian
menjadi lebih elok.
Bila balik
ke rumah isteri dan keluarga di rumah berkata lebih lawar daripada sebelum
meninggalkan rumah dan mereka berkata pula kepada keluarga di rumah kamu lebih
cantik daripada masa saya hendak meninggalkan rumah.
Begitulah
tuhan jadikan nikmat di dalam syurga.
Hadis 3
(Muttafakun alaih)
“Dan dari
Sahar bin Saat RA bahawa Rasulullah SAW bersabda sesungguhnya ahli syurga dapat
lihat-melihat dan pandang-memandang ke arah bilik-bilik
dalam syurga sebagaimana mereka melihat bintang-bintang cakrawala di langit.”
Hadis menunjukkan bahawa ahli-ahli syurga boleh melihat bangunan
mahligai sesama mereka sendiri macam kita melihat bintang-bintang cakrawala di
langit di alam dunia ini.
Hadis 4
(Riwayat Bukhari)
“Dan dari
Sahar bin Saat RA katanya aku menyaksikan nabi SAW di dalam majlis yang
menyebut di dalamnya sifat-sifat syurga sehingga selesai menerangkan
mengenainya.
Di akhir ucapannya dia berkata di dalam syurga itu apa
yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum pernah didengar oleh telinga,
yang tidak pernah terlintas di dalam hati fikiran manusia.
Kemudian
baginda SAW membaca firman Allah Ta’ala: mereka merenggankan lambung-lambung
mereka daripada tempat tidur kerana banyak sembahyang tahjud, banyak beribadat
dan tidak banyak tidur.
Firman Allah
Ta’ala dalam surah Sajdah: “Seseorang itu tidak mengetahui apa yang disimpan
untuk mereka yang sangat menyenangkan hati mereka.”
Seseorang
tidak mengetahui nikmat sebenar dalam syurga. Nikmat akan diketahui bila masuk
syurga pada hari kiamat kelak.
Diantara ahli syurga itu ialah orang yang banyak
beribadat kepada Allah SWT.
Hadis 5
(Riwayat Muslim)
“Dan dari
Abi Said dan Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: apabila masuk ahli
syurga ke dalam syurga lalu menyerulah oleh orang yang menyeru sesungguhnya
untuk kamu hidup kamu tidak mati selama-lamanya,
dan untuk
kamu sihat kamu tidak sakit selama-lamanya, dan untuk kamu muda kamu tidak tua
selama-lamanya dan untuk kamu nikmat kamu tidak merasa susah dan sakit
selama-lamanya.”
Hadis menunjukkan bahawa dalam syurga hidup
selama-lamanya, sihat selama-lamanya, muda selama-lamanya, berada dalam keadaan
nikmat dan tidak ada susah sedikit pun.
Hadis 6
(Riwayat Muslim)
“Dan dari
Abi Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: sesungguhnya sekurang-kurang
tempat di dalam syurga kepada seseorang di kalangan kamu ialah orang yang tuhan
berkata kepadanya bercita-citalah,
lalu dia
bercita-cita dan bercita-cita. Lalu tuhan berfirman adakah engkau telah
bercita-cita? Katanya ya, wahai tuhan
Tuhan
berfirman maka bagi kamu apa yang engkau cita-citakan dan berkali ganda lagi.”
Ini
menunjukkan orang yang paling rendah dalam syurga tuhan beri nikmat, lalu tuhan
menyuruh dia bercita-cita lagi dan tuhan beri dan bercita-cita lagi tuhan
berkata aku beri berkali ganda lagi sehingga lebih daripada apa yang dia cita-citakan.
Hadis 7
(Muttafakun alaih)
“Dan dari
Abi Said al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda sesungguhnya Allah
berfirman kepada ahli syurga: wahai ahli syurga, lalu mereka berkata, ya wahai
Tuhanku dan bahagialah wahai Tuhanku dan baiklah berada di hadapan mu wahai
Tuhanku.
Lalu tuhan
berfirman: adakah kamu redha. Lalu mereka berkata mengapa kami tidak redha
wahai Tuhan, Engkaulah wahai Tuhan kami, Engkau telah memberi kepada kami apa
yang tidak diberi kepada seorang pun di kalangan makhluk-Nya.
Tuhan
berfirman: Adakah tidak Aku kepada kamu lebih baik daripada itu. Mereka berkata
wahai Tuhanku, engkau telah memberi apa yang lebih baik daripada itu wahai
Tuhan.
Tuhan
berfirman: Aku kurniakan kepada kamu keredhaan-Ku dan Aku tidak murka lagi
kepada kamu selepas ini selama-lamanya.”
Hadis 8
(Muttafakun alaih)
“Dan dari
Jalil bin Abdullah RA katanya kami pernah berada di sisi Rasulullah SAW, dia
melihat ke arah bulan penuh purnama lalu bersabda, sesungguhnya kamu boleh
melihat tuhan kamu dengan nyata sebagaimana kamu melihat bulan penuh purnama
ini yang tidak memudarat kamu sedikit pun.”
Hadis ini menunjukkan bahawa pada hari kiamat kita boleh
tengak Tuhan. Ini mengikut pendapat ahli sunnah waljamaah sabit dengan hadis
yang sahih dan ayat Quran. Atas dunia kita tidak boleh melihat Tuhan.
Disebut
dalam Quran nabi Musa minta hendak melihat tuhan. Tuhan berkata tidak boleh,
kamu lihat kepada bukit Tursina. Lalu Tuhan tunjukkan cahaya hijab (dinding
cahaya antara nabi Musa dengan Tuhan). Tubi-tiba gunung Turusaina menjadi rata
dengan tanah dan nabi Musa tersungkur pengsan.
Jadi
mengikut pendapat yang sahih kita tidak dapat melihat tuhan atas dunia ini. Disebut
dalam hadis qudsi Allah Ta’ala jadikan antara hamba dinding daripada cahaya.
Sekiranya
dibuang dinding itu maka semua makhluk hancur-lebur menjadi abu kerana tidak
larat berdepan dengan kebesaran Allah SWT. Itu pendapat yang sahih daripada
ahli sunah waljamaah.
Ada pendapat
yang dhaif tuhan izin dengan cara yang tidak sama dengan makhluk seperti kepada
nabi SAW pada malam israk dan mikraj. Mengikut riwayat yang sahih ialah hijab
dan kita melihat tuhan pada hari kiamat kelak.
Hadis 9
(Riwayat Muslim)
“Dan dari
Suhir RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda apabila ahli syurga masuk ke
dalam syurga Allah SWT berfirman: Kamu hendak sesuatu yang aku tambah kepada
kamu? Mereka berkata tidakkah Engkau serikan wajah-wajah Kamu wahai Tuhan?
Tidakkah
Kamu masukkan kami ke dalam syurga dan Engkau selamatkan kami daripada neraka?
Lalu dibuang hijab maka mereka tidak diberi sesuatu yang
lebih mereka ingin daripada melihat wajah Tuhan pada hari kiamat dalam syurga.”
Firman Allah
Ta’ala: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang salih
Tuhan memberi petunjuk kepada mereka dengan iman mereka, mengalir di bawah
mereka sungai-sungai di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat.
Doa mereka,
mereka menyebut Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan hormat mereka di dalam
syurga ialah SALAM dan akhir doa mereka menyebut ALHAMDULILLAHI RABBIL
‘ALAMIN.”
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment