Mengenai apa yang berlaku pada hari kiamat disebut dalam dua hadis.
Satu hadis
mengatakan bahawa setiap umat akan
mengikut BENDERA masing-masing pada hari kiamat.
Satu hadis
lagi masing-masing umat akan menuju ke
kolam Kausar yang dijaga oleh nabi masing-masing.
Dalam hadis
pertama:
Ada orang
yang hendak mengikut nabi SAW di padang mahsyar dan nabi kenal siapa umatnya. Tanda umatnya ialah bekas mengambil air sembahyang.
Masa atas dunia dahulu mereka bersembahyang dan ada bekas air sembahyang.
Tetapi
mereka dihalau oleh malaikat. Malaika tidak membenar mereka mengikut nabi.
Lalu nabi
SAW bersabda:
“Ummati,
ummati (mereka itu umat aku, umat aku juga), jangan halau mereka.
Malaikat
berkata:
“Kamu tidak tahu wahai Muhamad! Mereka menyeleweng.
Mereka ikut kamu separuh sahaja.”
Ini adalah hadis
berkenaan dengan mahsyar.
Hadis kedua:
Hadis ini
mengenai kolam Kausar.
Manusia
berduyun-duyun hendak minum di kolam Kausar nabi masing-masing. Ada di kalangan
umat nabi Muhamad SAW dihalau oleh malaikat.
Lalu nabi
SAW bersabda:
“Ummati,
ummati (mereka itu umat aku, umat aku juga), jangan halau mereka kerana aku
melihat mereka ada tanda mengambil air sembahyang.
Lalu
malaikat berkata:
“Kamu
tidak tahu wahai Muhamad! Mereka menyeleweng. Mereka tidak ikut semua apa yang
kamu ajar.”
Mereka
mengikut nabi Muhamad sekadar Mekah sahaja. Mereka tidak ikut nabi berhijrah ke
Madinah dan mendirikan negara Islam. Mereka tidak pergi ke Madinah kerana takut
susah di tengah jalan.
Bila ikut
separuh sahaja maka tidak sempurnalah.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment