Friday, November 18, 2016

UMAT RISALAH NABAWIAH (B)


Islam datang ke tanah air kita ialah Islam yang mengislamkan rakyat dan juga kerajaan.

Negeri Terengganu ada batu bersurat membuktikan kerajaan Terengganu kerajaan Islam masa itu.

Di Melaka ada kerajaan Islam, di Aceh ada kerajaan Islam, di Jawa ada kerajaan Islam, di Sulawisi ada kerajaan Islam, di Selatan Thailand ada kerajaan Islam, di Kemboja ada kerajaan Islam dan di Filifina ada kerajaan Islam.

Malangnya bila datang penjajah kerajaan Islam diruntuhkan.

Namun begitu umat Islam di rantau ini tidak menyerah kalah. Tahun 1908 mereka menubuhkan Partai Syarikat Islam di Indonesia untuk menentang Syarikat India British dan Syarikat India Belanda.

Cawangan Partai Syarikat Islam ditubuhkan di Terengganu, ditubuhkan di Kedah, di Perlis, di Selangor, di Johor dan di seluruh rantau ini.

Penjajah Inggeris mengharamkan Partai Syarikat Islam. Pemimpin-pemimpin ada yang syahid di tali gantung, ada yang dibuang negeri dan mati di perantauan, tetapi cahaya Islam tidak boleh dipadamkan.

Hizbul Muslimin ditubuhkan tahun 1948 tetapi diharamkan oleh British.

Tahun 1951 ditubuhkan pula Persatuan Islam Setanah Melayu dan hari ini dinamakan Parti Islam Semalaysia (PAS). PAS tidak pernah berganjak dengan perjuangan Islam.

PAS telah menang di Terengganu tahun 1959 tetapi jatuh tahun 1961. PAS menang semula tahun 1999 dan memerintah Terengganu selama lima tahun. Dalam masa lima tahun PAS telah mengasaskan kerajaan yang mendaulatkan Islam.

Satu kewajipan besar telah ditunaikan untuk menjadi saksi di hadapan Allah Ta’ala. Di dalam undang-undang diri negeri telah dicatatkan ‘Hukum yang tertinggi bagi negeri Terengganu ialah Quran, Hadis, Ijmak ulamak dan Qias’.

Undang-undang Jenayah Syariat telah diluluskan. Undang-undang Islam yang adil dilakukan kepada orang Islam dan bukan Islam.

Cukai pintu rumah kediaman, tol dan cukai nelayan kecil telah dihapuskan. Bantuan kebajikan telah dinaikkan. Rukun ihya ulmawad dihidupkan, membenarkan rakyat memiliki tanah. Dalam masa empat tahun hampir 60,000 permohonan tanah telah diselesaikan.

Undang-undang Islam ditandatangani ole DYM Tuanku Sultan Terengganu dan telah diwartakan menjadi undang-undang rasmi.

Pemerintahan Islam tidak boleh ditentang dan hendaklah disokong, didukung dan dibantu kerana Firman Allah Ta’ala:
“Bertolong menolonglah dalam perkara kebajikan dan takwa, jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan kemungkaran.”
Kenapa dipilih amalan demokrasi?

Kerana nabi bersabda:

“Esok aku hendak serah bendera kepada seorang yang Allah dan rasul mengasihinya dan dia mengasihi Allah dan rasul.”

Maka sembahyang Subuh berjamaah pagi esok penuh masjid dengan harapan nabi akan menyerah bendera kepadanya.

Tiba-tiba nabi bersabda:

“Mana Ali?”

Lalu diberitahu Ali sakit mata.

Nabi kata:

“Bawa Ali ke sini.”

Ali datang dalam keadaan matanya sakit. Nabi pun meludah ke dalam matanya yang sakit dan dengan mukjizat mata Ali sembuh serta merta.

Ali diberi bendera dan memegang bendera dengan gagah dan dengan tegas berkata:

“Kita perangi mereka sehingga mereka jadi macam kita.”

Nabi jawab:

“Jangan gopoh, pergi dengan cermat. Bila sampai di medan mereka, ajak mereka kepada Islam.

Demi sesungguhnya kejayaan kamu memujuk seseorang sehingga ia mendapat hidayah daripada Allah lebih mahal daripada kenderaan paling mahal harganya.”

Jika kita berjaya memujuk orang bukan Islam terima Islam, orang yang tolak Islam terima Islam, orang yang jahil Islam terima Islam, orang yang tidak sokong Islam sokong Islam dan orang yang buruk perangai ikut Islam jadi baik perangainya, kita mendapat pahala yang berpanjangan walaupun kita sudah mati.

Dia membuat baik kita dapat pahala, dia berjaya mengajak isterinya kita dapat pahala, dia berjaya mengajak anak-anak dia kita dapat pahala, dia mendapat cucu cicit yang baik kita mendapat pahala walaupun beberapa keturunan.

Kita mendapat pahala yang berpanjangan hasil daripa seorang sahaja yang berjaya kita pujukkan.

Ini kelebihan kita memilih demokrasi, memililh kempen bukan sahaja mendapat pahala yang berpanjangan tetapi sekiranya kita mati dalam menjalankan tugas diberi pahala yang berpanjangan.

Firman Allah Ta’ala:

“Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu di medan perjuangan dan bertugaslah kamu di mana sahaja kamu ditugaskan, jalankan apa sahaja tugas kamu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan dunia dan akhirat.”

Hadis mengatakan bertugas dengan satu tugas pada jalan Allah untuk memenangkan Islam lebih baik daripada dunia dan segala isinya.

Disebut dalam hadis yang lain barangsiapa yang mati sedang menjalankan tugas, tuhan jadikan mati dalam keadaan menjalankan tugas sehingga hari kiamat walaupun dia sudah berada dalam kubur.

Kelebihan-kelebihan ini hanya diperilehi oleh mereka yang percaya kepada perkara ghaib. Mereka yang tidak percaya kepada perkara ghaib berkata berjuang Islam dapat apa.

Memang tidak mendapat apa-apa benda. Kita akan mendapat apa yang dijanjikan Allah di hari akhirat kelak.

Kita mesti percaya kepada janji-janji Allah. Janji kelebihan dan janji kemenangan dunia serta akhirat.

Semoga hari pertemuan kita dengan Allah hari yang paling bahagia kepada kita.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment