Mengikut
hadis riwayat Tumizi katanya hadis Hasan:
Dari Abi
Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“bersegeralah
kamu mengerjakan amalan, jangan tunggu-tunggu lagi sehingga tujuh perkara ini:
Fakir yang dilupakan, kaya yang melampau, sakit yang merosakkan, tua yang
mencelarukan, mati yang disediakan, dajjal yang merupakan seburuk-buruk perkara
yang ghaib yang ditunggu atau pun hari kiamat, maka hari kiamat itu lebih
menggoda dan lebih pahit.”
Hadis ini adalah amaran daripada Rasulullah SAW supaya kita
menyegerakan buat amal, jangan menunggu sehingga datang tujuh perkara. Jika
tiba tujuh perkara ini tidak sempat lagi kita hendak melakukan amalan:
1. Fakir
yang dilupakan.
Fakir lebih
teruk daripada miskin. Miskin susah tetapi boleh hidup kerana boleh mencari
makan. Fakir dengan makna tiada harta, minta sedekah dan mungkin orang tidak
layan.
Nabi tidak
menyebut:
“Aku
berlindung daripada kufur dan fakir.”
Bila fakir
susah hendak membuat amal solih
2. Kaya yang
melampau.
Harta banyak
dan lupa ke diri sendiri. Harta sudah banyak tetapi ingin mencari banyak lagi
tidak mengira halal dan haram. Terlalu melampau mencari
harta sehingga nabi sebut dalam hadis kalau diberi satu lembah daripada emas
pun tidak akan puas dan akan mahu dua lembah. Beri dua lembah pun dia tidak
akan puas lagi, hendak tiga lembah sehingga dimasukkan tanah ke dalam mulutnya.
Mati baru sedar. Adakah kita tunggu kaya semacam itu baru hendak beramal.
3. Sakit
menyebabkan tidak boleh membuat apa satu.
Mengenai sakit disebut dalam hadis barangsiapa
mengerjakan amal solih semasa sihat; pergi masjid, menuntut ilmu, sedekah dan
sebagainya, bila sakit dan tidak mampu membuat lagi amal solih Allah Ta’ala
akan memberi pahala yang sama jika dia sabar dalam menghadapi kesakitan. Jadi
dia mendapat pahala macam dia beramal juga. Ini kelebihan yang diberi kepada
kita.
Oleh kerana itu mesti buat amal sungguh-sungguh masa
kita sihat. Buat apa sahaja amal yang solih secara berterusan.
4. Tua
sehingga tidak boleh bercakap.
Bila tua
tidak boleh lagi berzikir, tidak boleh membaca Quran dan tidak boleh lagi
sembahyang dan sebagainya.
5. Mati yang
disediakan.
Ini lagi
tidak boleh membuat apa-apa. Disebut dalam hadis bila mati dia meninggal amal
solih, anak beranak dan harta. Mula-mula sekali berpisah bila dia mati ialah
hartanya. Bersama dengannya kain kafan dan alat-alat kematian. Adik beradik,
kaum keluarga dan kawan-kawan yang rapat sanggup pergi ke kubur.
Amal yang solih ialah amal yang memberi manfaat
berpanjangan walaupun dia sudah mati. Ilmu yang memberi manfaat sama ada kita
mengajar orang atau pun kita membeli Quran atau buku-buku agama diletak di
masjid atau membantu pelajar mempelajari ilmu agama dengan duit kita, sumbangan
terhadap pembinaan masjid, pusat-pusat tarbiah dan dan lain adalah amal yang
memberi manfaat berpanjangan.
Anak yang solih yang mendoakan untuk kita dan
kawan-kawan yang baik yang mendoakan untuk kita tidak ada khilaf di kalangan ulamak.
Tahlil arwah
dan mengaji kubur adalah perkara yang khilaf di kalangan ulamak. Ada ulamak
kata pahala sampai dan ada ulamak kata tidak sampai (tidak dapat pahala). Jadi adalah lebih baik wang perbelanjaan itu disumbang kepada
masjid dan mendapat pahala berpanjangan. Tahlil
dan bacaan Quran di kubur kalau diterima sekali pun pahala hanya setakat itu
sahaja, tidak berpanjangan.
Mengikut satu hadis, bila mati seorang anak Adam
terputus amalannya melainkan tiga perkara iaitu ilmu yang diambil manfaat, sedekah
yang berpanjangan dan doa anak solih. Itu sahaja perkara berpanjangan.
6. Dajjal
Dajjal ialah
seorang manusia dilahirkan di akhir zaman dari kalangan bangsa Yahudi. Allah
Ta’ala akan menghapuskan bangsa Yahudi dari muka bumi kerana orang Yahudi
membunuh nabi-nabi dan rasul-rasul, membunuh ramai ulamak-ulamak sepanjang
zaman dan seluruh dunia serta pemimpin Islam yang banyak pengaruh.
Allah Ta’ala menghapuskan golongan Yahudi di akhir zaman. Tidak
akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam membunuh semua orang-orang
Yahudi sehingga orang-orang Yahudi berlindung di balik kayu dan batu, kayu dan
batu memberitahu, “Wahai orang Islam ini dia Yahudi di belakang ku, sila datang
bunuh dia kecuali pokok warkat (pokok ini pokok Yahudi kata nabi).”
Hari ini
Allah Ta’ala tunjukkan tanda akhir zaman, orang Yahudi telah berjaya mendirikan
negara Israil di Palastin tahun 1948. Apabila orang Islam mengalami kelemahan
berpunca daripada orang Islam sendiri, orang Islam Arab yang tahu bahasa
al-Quran menjatuhkan kerajaan Othamaniah, Allah Ta’ala balas dengan
negeri-negeri Arab dijajah.
Negeri-negeri
Arab yang ada pada hari ini ialah negeri-negeri yang diberi pusaka oleh
penjajah kerana menyokong untuk menjatuhkan kerajaan Othmaniah. Tanah Arab
dipecah-pecahkan dan dilantik raja-raja atau ketua-ketua untuk memerintah
negeri di bawah telunjuk penjajah sehingga hari ini.
Palastin tidak dipecah-pecahkan tetapi British membenarkan orang
Yahudi bertapak di Palastin di bawah perjanjian Belfor. Orang
Yahudi membawa banyak harta dan duit lalu membeli tanah-tanah orang Palastin
dengan harga yang mahal. Oleh kerana orang Palastin terdesak dan memerlukan
duit tanah-tanahnya dijual walaupun mufti Palastin mengeluar fatwa haram
menjual tanah kepada orang Yahudi.
Setelah
banyak tanah dimiliki oleh orang Yahudi tahun
1948 negara Israil diisytiharkan. Ada mazhab Orthodox Yahudi yang
mengharamkan penubuhan negara Israil kerana mengikut mazhab ini penubuhan
negara Yahudi bermakna menggali kubur sendiri. Ulamak-ulamak Yahudi tahu
kuburnya di situ.
Mereka akan
bertempur dengan orang-orang Palastin. Kemuncaknya akan berlakulah peperangan
yang besar dan lahirlah seorang pemimpin di kalangan Yahudi yang nabi sebut
al-Masihud Dajjal. Kemunculannya menjadi ujian yang sangat dahsyat.
Semua nabi zaman
dahulu mengingat umat dia supaya minta lindung dengan Allah daripada dajjal
ini. Ini menunjukkan betapa dahsyatnya ujian dia.
Bila datang ujian dajjal, cuaca dunia akan berubah
dengan teruknya sehingga satu hari menjadi setahun, satu hari menjadi sebulan,
satu hari menjadi seminggu dan satu hari seperti hari-hari biasa.
Fikirlah bagaimana dalam masa satu hari sahaja menjadi
setahun. Matahari berjalan lambat dalam keadaan yang panas sudah tentulah
segala air menjadi kering. Masa itulah berlaku ujian ad-dajjal.
Hari ini
ahli-ahli sains membuat ramalan perkara ini boleh berlaku kerana manusia
membuat senjata-senjata neuklear yang diuji di Russia, diuji di lautan Pacifi,
diuji di lautan Atlantik dan diuji di rata-rata padang pasir Asia Tengah.
Letupan yang
kuat meretakkan bumi menyebabkan paksi bumi teralih dan musim dunia menjadi
berubah. Hujan tidak menentu, panas tidak menentu dan tiba masa hasilnya tidak
menentu dan akan berlaku peperangan dan kemuncak lahirlah dajjal daripada
Yahudi. Bermakna Yahudi akan menawan sebahagian daripada bumi, Yahudi berkuasa
dan orang Islam juga berkuasa.
Nabi kata dajjal akan timbul antara Iraq dan Syria. Dajjal akan
memimpin orang Yahudi dan pengikut-pengikutnya yang sudah ada di Israil dan
akan datang dari seluruh pelusuk dunia. Antara yang akan datang ialah Yahudi
Aspahan yang ada di Iran yang akan menjadi bala tentera dajjal.
Pada awalnya dajjal ini mengaku menjadi seorang yang solih. Dia
mempunyai sihir yang memboleh menggoda orang. Ini sangat merbahaya.
Nabi kata jika dengar jangan pergi tetapi lari di bukit,
di gunung dan di mana-mana sekalipun. Sihirnya tersangat kuat dan kemuncaknya
dia mengaku menjadi nabi dan mengaku menjadi tuhan. Dia boleh memanggil ayah
dan ibu atau datuk nenek yang sudah mati datang berjalan didepan kita dan
berkata dajjal adalah tuhan kita. Kita pun terpengaruh kerana ayah yang sudah
mati tetapi hidup semula dan memberitahu kita itu adalah tuhan sebenar.
Ini sangat merbahaya. Mengapa begitu. Ini adalah untuk menguji
manusia. Ujian yang dahsyat akan dialami dan mana-mana kampung akan mengikutnya
akan mendapat hujan dan tanam-tanaman subur. Mana-mana kampung yang tidak
mengikutinya akan mendapat kemarau atau pun syurga dan neraka.
Kata nabi neraka bagi yang menyokongnya dan syurga bagi
yang menentangnya.
Nabi menyebut mengenainya dalam acap kali ucapan. Pernah
diriwayatkan hadis-hadis yang berkait dengan fitnah dajjal ini nabi berucap
lepas sembahyang Subuh hingga sembahyang Zohor. Lepas sembahyng Zohor nabi
berucap lagi hingga sembahyang Asyar dan lepas Asyar nabi berucap lagi hingga
Maghrib.
Oleh kerana
panjang sangat ucapan ada sahabat yang hafal dan ada yang tidak hafal. Antara
sahabat yang banyak ingat ialah Khuzaifah Ibni Yaman RA. Ulamak-ulamak hadis
mengumpulkan hadis-hadis ini.
Disebut dalam hadis ramai dajjal. Dajjal yang paling besar
ialah yang lahir di akhir zaman. Ulamak-ulamak hadis mewasiatkan supaya
memberitahu kepada anak-anak turun temurun tentang ujian dajjal yang sangat
dahsyat.
Nabi Isa yang diangkat ke langit akan turun ke bumi di
akhir zaman dan membunuh dajjal ini di kampung Bablut di pinggir bandar
Talavib. Hadis turunnya nabi Isa AH adalah hadis mutawatir yang diriwayatkan
oleh ramai para sahabat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment