Firman Allah
Ta’ala surah al-Waqiah ayat 27-40:
(27 )
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
( 28 )
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
( 29 )
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
( 30 )
Dan naungan yang tetap terbentang,
( 31 )
Dan air yang sentiasa mengalir,
( 32 )
Serta buah-buahan yang banyak,
( 33 )
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
( 34 )
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
( 35 )
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan
istimewa,
( 36 )
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
( 37 )
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
( 38 )
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
( 39 )
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
( 40 )
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
Asyhabul Yamin (puak kanan) ialah mereka yang mengambil
suratan amal dengan tangan kanan kerana amal-amal kebajikan yang dibuat.
Ada
orang mengambil suratan amal dengan tangan kiri. Dia tidak boleh ambil dengan
tangan kanan walaupun dicubanya. Telah ditetapkan kanan atau kiri. Ini pada
hari kiamat.
Mereka yang
mengambil suratan amal dengan tangan kanan kerana banyak amal kebajikan yang
dibuat dan mereka hampir dengan Allah Ta’ala.
“Mereka
berada dalam pohon-pohon bedara yang tidak berduri.”
Mengikut
satu riwayat seorang badwi pada suatu hari mengadap Rasulullah SAW dan berkata:
“Ya
Rasulullah disebut dalam Quran ada pohon bedara dalam syurga. Pohon bedara yang
tumbuh di padang pasir banyak duri.
Bagaimana
pula pohon berduri ada dalam syurga wahai Rasulullah sedangkan dalam syurga
tiada perkara yang menyakitkan.”
Jawab nabi
SAW: “Pohon apa berduri dalam syurga.”
“Pohon
bedara wahai Rasulullah.” Kata orang badwi.
Jawab
Rasulullah SAW: “Tidakkah Allah Ta’ala menyebut pohon bedara yang tidak ada
duri. Allah Ta’ala tumbuhkan pada tiap-tiap duri itu buah-buahan sebagai ganti
pada duri. Buah-buahan itu lebat dan mengandungi 70 warna yang rasanya berbeza
serta amat melazatkan.”
Warna
berbeza dan rasanya berbeza serta sangat melazatkan serta tidak ada tandingan
dan bandingan. Walaupun namanya pohon bedara tetapi tiada duri.
“Dan
pisang-pisang yang tersusun buahnya.”
Dalam
syurga ada buah pisang dan buahnya tersusun dan bertindih-tindan. Pisang tidak
perlu dikoyak kulitnya kerana semuanya sedap. Tidak ada yang tidak sedap dalam
syurga.
“Dan naungan
yang berpanjangan.”
Tidak
ada panas dalam syurga kerana dinaungi oleh pohon-pohon dalam syurga
Mengikut
satu riwayat lain tempat yang tidak ada pohon pun dinaungi oleh Allah. Disebut
dalam hadis:
“Dan
di dalam syurga itu ada pohon yang naungannya perjalanan 100 tahun dengan tidak
putus-putus.”
Dalam Quran
menyebut: “Dan bayang berpanjangan.”
“Dan air
yang dituang sentiasa mencurah-curah dengan tidak putus-putus bila dikehendaki
air itu.”
Bila
penghuni syurga hendak minum air, air itu dengan sendirinya masuk dalam bekas
yang ditadah tanpa putus-putus.
“Dan banyak
buah-buahan.”
Buah-buahan
banyak dan berbagai jenis dalam syurga. Ada yang kita lihat dalam dunia dan ada
yang kita tidak lihat dalam dunia. Buah-buahan yang dilihat dalam dunia, rupa
sahaja sama tetapi saiz dan rasa tidak sama.
“Tidak
bermusim.”
Buah-buahan
atas dunia bermusim. Dalam syurga tidak ada musim sejuk dan musim panas.
Semuanya menyeronakkan. Buah-buahannya tidak putus-putus.
“Dan tidak
dilarang.”
Buah-buahan
itu boleh dipetik bila-bila sahaja tidak ada halangan. Tidak ada duri, tidak
ada pagar dan tidak ada sesiapa yang menghalangnya.
“Sebaik-baik
sahaja dipetik buah itu tumbuh semula serta merta.”
Buah-buahan
yang dipetik itu tumbuh semula di tempat yang sama. Ini adalah kekuasaan Allah
Ta’ala.
“Dan
hamparan yang tinggi (tempat tidur dan tempat duduk).”
Bila
duduk, tempat tidur itu naik mengikut cetusan hati tanpa memakai remote dan
selamat.
“Dan
sesungguhnya kami ciptakan isteri-isteri dalam syurga dengan ciptaan yang
indah, yang muda sebaya dan kami jadikan mereka anak-anak dara yang umurnya
sebaya dan cinta kepada suami-suami mereka.”
Seorang
perempuan tua mengadap nabi meminta nabi SAW berdoa untuknya masuk syurga. Nabi
SAW bergurau mengatakan orang tua tidak boleh masuk syurga. Perempuan tua itu
menangis lalu diberitahu dalam syurga tidak ada orang tua.
Orang
masuk syurga Tuhan jadikan umur dalam lingkungan tiga puluhan.
Allah Ta’ala
menjadikan penghuni syurga dengan ciptaan yang indah dan dijadikan mereka
anak-anak dara.
Bila
mendengar anak dara, Siti Aisyah berkata jika menjadi anak dara menyakitkan.
Nabi
berkata: “Tidak ada sakit dalam syurga.”
Allah
Ta’ala jadikan tidak ada kesusahan dalam syurga. Mengikut satu riwayat penghuni
syurga lelaki dan perempuan sentiasa dalam umur 33 tahun. Allah Ta’ala jadikan
muda selama-lamanya. Isteri-isteri sentiasa kasih kepada suami-suami mereka dan
tidak kasih kepada orang lain.
Tidak
ada marah, tiada dengki dan tidak sakit dalam syurga.
Mengikut
riwayat Ibni Abas, umat terdahulu di kalangan umat Muhamad SAW dan yang
kemudian di kalangan umat Muhamad SAW nabi bersabda:
“Mereka
semua termasuk di kalangan umat-umat aku.”
Mengikut
riwayat lain ahli syurga mengandungi 120 sof. 80 di kalangan umat Muhamad dan
40 di kalangan umat-umat lain.
Ini
bermakna 2/3 daripada penghuni syurga adalah umat Muhamad SAW dan 1/3 lagi
daripada umat lain kerana umat Muhamad lebih besar jumlah daripada umat lain.
Itulah
kelebihan yang Allah Ta’ala beri kepada nabi SAW dan kepada umatnya. Oleh itu
kita mestilah bersungguh menjadi umat Muhamad SAW.
KULIAH
TAFSIR YT
Nice,... Takzira Di bulan ramadan
ReplyDelete