Friday, November 25, 2016

UJIAN BIOKIMIA


Sharing Info Dalam Memahami Ujian-ujian BioKimia dan penyakit masa kini.  
 
Apakah yang dimaksudkan dengan ujian-ujian BioKimia?

Ujian biokimia merupakan antara satu bidang ujian yg dilakukan di makmal hospital atau klinik kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan individu. Keputusan ujian biokimia digunakan oleh pengamal perubatan untuk melakukan diagnosis, prognosis dan pemantauan penyakit.

Apakah jenis-jenis ujian yang terlibat? antaranya.

> Ujian Fungsi Ginjal (Renal-Profile test)
> Ujian Profil Lipid (Lipid-Profile test)
> Ujian Glukosa (Glucose test)
> Ujian Fungsi Hati (Liver-function test)

UJIAN FUNGSI GINJAL

-- Ginjal berfungsi mengawal keseimbangan elektrolit seperti sodium dan potassium serta acid-base di dalam tubuh. Ia juga mengawal tekanan darah dan terkibat dalam pembuangan bahan-bahan kumuh melalui urin dan menyerap semula bahan-bahan yang diperlukan semula oleh badan.

Gonjal atau buah pinggang juga menapis produk metabolisme tubuh sepertt urea dan kreatinin. Parameter yang diuji di dalam ujian fungsi ginjal ialah sodium, potassium, urea dan kreatinin.

Sodium adalah elektrolit utama di dalam pengawalan air di dalam tubuh. Untuk buat ujian ini, hanya darah pesakit yang diperlukan.

Julat normal keputusan ujian adalah antara 135-145 mmol/l
Jika julat serum sodium > 145mmol/l, maka dipanggil Hipernatraemia; jika paras serum sodium tu < 235mmol/l, maka dikatakan Hiponatraemia.
Ujian Potassium; adalah normal jika julatnya antara 3.3 - 5.3mmol/l.

Paras serum potassium > 5.3 dikatakan Hiperkalaemia, manakala jika <3.3 dikatakan Hypokalaemia.

Urea dan Kreatinin merupakan penanda utama di dlm fungsi ginjal.
Urea ialah produk metabolisma protein; Kreatinin ialah produk spesifik bagi metabolisma otot.
Julat normal bagi urea adalah antara 2.5 - 8.0 mmol/l; 

Julat normal Kreatinin adalah antara 62 - 106 umol/l (lelaki); 44 - 80 umol/l (perempuan)

Sharing Info Dalam Memahami Ujian-ujian BioKimia dan Penyakit   

UJIAN PROFIL LIPID

Ujian Profil Lipid  ada 4 yakni

> Trigliserida
> Kolesterol
> LDL (Low-density lipoprotein cholesterol)
> HDL (High-density lipoprotein cholesterol)

TRIGLISERIDA

Trigliserida adalah sejenis lemak yg ada dlm.tubuh. Dihasilkan oleh hati & drpd makanan yg dimakan. Paras trigluserida yg tinggi berisiko penyakit arteri koronari.(saluran darah sumbat)

Punca2 sebab paras trigliserida naik adalah kurang aktiviti fizikal, merokok, minum arak, tinggi kadar diet kabohidrat, efek pengambilan ubat2an prnyakit lain & celaru genetik.

Julat normsl trigliserida antara 0.5 - 1.8 mmol/l

KOLESTEROL

Kolesterol adalah molekul lipid yg ada dlm darah & sel tubuh. Ia dihasilkan di hati & drpd makanan yg dimakan. Ia diperlukan dlm proses metabolisma tubuh spt pembentukan sel baru & hormon.

Jika berlebihan, salur darah tersumbat & boleh kena penyakit jantung & strok. Paras kolesterol yg tinggi dikatakan hiper kolesterolemia.
Paras julatnya antara 3.9 -5.5 mmol/l

LDL - Low-density lipoprotein
 
ia adalah sejenis kolesterol yg dlmnya >75% kolesterol & sedikit protein. Jika dlm tubuh kita banyak LDL, akibatnya lemak terkumpul di dinding arteri. Ia dipanggil kolesterol jahat.
Julat normal adalah <3.3 mmol/l

HDL - High-density lipoprotein
 
Ini kolesterol baik. HDL bekerja buang kolesterol yg lebih dari sel & dinding arteri.

Paras kolesterol ini yg tinggi, akibatnya risiko kena sakit jantung rendah. 

Julatnya antara 1.0 - 2.2 mmol/l

No comments:

Post a Comment