“Di dalam syurga
itu ada dua mata air yang memancut-mancut.”
Bukan sahaja
mata air yang mengalir tetapi ada mata air yang memancut. Airnya sedap diminum
dan membawa kebaikan dan keberkatan. Air tidak ada keburukan sedikit pun.
“Maka yang
mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
Manusia dan jin tidak dapat menjawab.
“Di dalam syurga yang tersebut itu ada buah-buahan iaitu
kurma dan delima.”
Kurma
mempunyai kelebihan tersendiri. Berbeza dengan buah-buahan lain. Kurma ialah
buah-buahan yang terkandung di dalamnya bahan-bahan keperluan makanan manusia.
Zatnya cukup bagi tubuh badan manusia.
Mereka yang
mengkaji pemakanan mengatakan bahawa beberap biji kurma mencukupi zat yang ada
pada makanan nasi, roti dan lain-lain.
Kurma disebut secara khusus dalam Quran kerana kurma
banyak kelebihan.
Buah delima
juga disebut secara khusus dalam Quran kerana bukan sahaja buah-buahan yang
lazat dimakan tetapi kerana terkandung di dalamnya ubat yang boleh menyembuhkan
penyakit.
Di dalam
buah delima ada bahan untuk perubatan bagi tubuh manusia.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment