Disebut
dalam hadis peristiwa yang berlaku pada hari kiamat sehingga nabi menangis.
Nabi
bersabda:
“Ada dua
orang di kalangan umat aku yang dibicarakan oleh Allah pada hari kiamat. Dia
datang mengadap Allah dalam keadaan berdiri lutut.
Seorang
daripadanya berkata:
“Ya Tuhanku
aku telah melakukan kesalahan terhadap kawan aku ini dan dia tidak mahu
memaafkan aku wahai Tuhanku.”
Tuhan
bertanya:
“Adakah kamu
mempunyai pahla untuk membayar dosa kawan kamu.”
Dia
menjawab:
“Ya
Tuhanku hamba tidak ada lagi pahla. Yang ada hanya dosa.”
Tuhan
berfirman kepada hamba yang tidak mahu memaafkan kesalahan kawannya:
“Angkat
kepala kamu.”
Lalu
diangkat dan dia melihat istana-istana yang indah daripada emas dan perak.
Dia
bertanya:
“Untuk
siapa istana-istana ini wahai Tuhanku. Adakah untuk nabi atau hamba-hamba yang
soleh?”
Allah
berfirman:
“Untuk
kamu sekiranya kamu memaafkan dosa kawan kamu ini.“
Lalu dia
berkata:
“Ya
Tuhanku aku maafkan kesalahan kawan aku.”
Lalu
kedua-duanya dibawa ke syurga.
Begitulah
luasnya rahmat Allah SWT kepada orang-orang beriman yang baik sangka terhadap
Allah dan tidak putus asa daripada rahmat Allah SWT.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment