Firman Allah Ta’ala:
TU’TILMUN
KAMAN TASYA WATANZI’UL MULKAMINMAN TASYA
Maksudnya:
“Allah
memberi pemerintahan kepada sesiapa yang Ia kehendaki dan Allah mencabut
pemerintahan daripada sesiapa yang Ia kehendaki.”
Pemerintahan juga menjadi urusan dalam kehidupan manusia
kerana di antara tugas manusia itu menjadi khalifah di atas muka bumi.
Diisytiharkan
pada permulaan surah al-Baqarah:
“Dan
ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada malaikat sesungguhnya Aku akan
jadikan atas muka bumi ini khalifah.”
Khalifah
bermakna menegakkan ajaran Allah dan mentadbir urusan dunia dengan ajaran-Nya.
Mentadbir diri manusia; makanannya, pakaiannya, masalah kehidupannya dan
mentadbir makhluk-makhluk yang dijadikan oleh Allah di atas muka bumi.
Manusia
mesti mentadbir urusan itu mengikut hukum Allah secara individu dan secara
masyarakat yang dinamakan kerajaan. Walaupun kerajaan perkara dunia tetapi
pentadbiran dan pemerintahan mesti ikut peraturan ditetapkan oleh Islam.
Harta-benda,
kenikmatan dan kerajaan adalah perkara dunia yang menjadi ujian sangat mahal
kepada manusia. Mereka boleh memilih sama ada mahu ikut perintah Allah atau pun
lawan perintah Allah.
Bukan sahaja
dalam perkara makan minum, perkara pakaian ada halal dan haram termasuk perkara
pemerintahan ada halal dan haram.
Manusia
bukan sahaja ditanya mengenai makanan, pakaian dan sebagainya tetapi ditanya
juga mengenai kerajaan yang memerintah. Pemimpin dan rakyat yang menyokong
pemimpin itu akan ditanya oleh Allah Ta’ala di akhirat kelak.
Oleh kerana
itu dalam Quran disebut segala perkara hari kiamat bermula dari makan minum dan
lain-lain sehinggalah pemimpin dan rakyat akan dibicara sama ada mereka diseret
ke dalam syurga atau pun ke dalam neraka.
Diriwayatkan
nabi SAW pernah berkhutbah:
“Wahai
manusia Allah membahagikan di kalangan kamu mengenai perangai-perangai kamu
sebagaimana dia membahagikan di kalangan kamu akan rezeki kamu.”
Allah Ta’ala memberi dunia kepada orang Dia kasih dan
orang Dia tidak kasih tetapi Allah tidak memberi agama melainkan kepada orang
yang Dia kasih.
Allah
Ta’ala memberi harta kepada Saidina Uthman bin Affan, Saat bin Abi Wakaz, Abdul
Rahman bin Auf dan nabi Sulaiman AS. Mereka itu dijanjikan syurga oleh Allah
Ta’ala.
Dan
Allah Ta’ala juga memberi harta kepada Qarun, Firaun, Namruk dan orang-orang
yang sepertinya. Allah Ta’ala memberitahu mereka ini ahli neraka.
Begitu
juga kerajaan. Allah Ta’ala memberi kerajaan kepadan nabi Daud AS, nabi
Sulaiman AS, Zulkurnain, nabi Muhamad SAW, khalifah ar-Rasyidin dan
khalifah-khalifah yang dijanji syurga oleh Allah Ta’ala.
Allah
Ta’ala juga memberi kerajaan kepada Firaun, Namrud, Haman dan kepada
pemerintah-pemerintah yang kafir dan zalim. Allah Ta’ala memberi kerajaan
kepada mereka walaupun mereka ahli neraka.
Jadi ada kerajaan diredha Allah dan ada kerajaan yang
dimurka oleh Allah Ta’ala. Ada harta diredha Allah dan ada harta yang dimurka
oleh Allah Ta’ala.
Semuanya
adalah ujian Allah kepada kita. Kita kena faham bahawa bukan sahaja harta
bahkan kerajaan yang memerintah adalah ujian dan berkait dengan agama Islam.
Oleh itu betapa penting kita wirid ayat ini lepas sembahyang. Tetapi wirid
saja-saja, bila menyokong ikut suka hati pula.
Imam Ghazali
menyebut dalam kitabnya yang berkait dengan aqidah perkara imamah, perkara
pemerintahan negara. Biasanya ulamak Syiah sahaja yang menjadikan imamah salah
satu dari rukun Islam. Ulamak-ulamak ahli sunah tidak menyebut sebagai rukun
Islam kecuali imam Ghazali sahaja.
Kita
diberitahu rukun Islam lima perkara. Tetapi ada rukun Islam yang disebut oleh
nabi SAW dalam hadis-hadis lain yang disebut mengikut tahap pemikiran orang
bertanya. Ada juga nabi SAW menyebut bercampur aduk antara rukun Islam dan
rukun iman dalam hadis-hadis lain.
Rukun-rukun
Islam itu banyak dan berkait antara satu sama lain. Walaupun pemerintahan tidak
disebut dalam lima perkara rukun Islam, tidak disebut dalam rukun iman tetapi
termasuk dalam beriman kepada Allah. Termasuk dalam dua kalimah syahadah.
Ini berkait
dengan kepercayaan kita kepada Allah. Oleh itu imam Ghazali menyebut bab imamah
(pemerintahan) dalam kitabnya. Iman Ghazali ialah alim dalam bab tasawur. Tasawur
berkait dengan ruh dan ruh kena ada jasad.
Imam Ghazali
mengarang kitab usul fig dan kitab tasawur dan lain-lain.
“Agama itu asas kerajaan yang memerintah menjadi
pengawas, apa yang tidak ada asas runtuh dan barang yang tidak ada pengawas
sia-sia.” Kata imam Ghazali.
Agama dan pengawas kedua-dua penting.
Kita membaca
ayat itu dalam wirid lepas sembahyang, tetapi orang putih perintah negeri tidak
kisah, Jepun perintah tidak ada masalah dan tauhgut perintah pun tidak kisah.
Pemerintah tidak perintah secara Islam tidak kisah asal boleh membaca wirid
cukuplah. Inilah masalahnya.
TU’TILMUN
KAMAN TASYA (Engkau memberi kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki)
WATANZI’UL MULKAMINMAN TASYA (dan Engkau mencabut kerajaan daripada sesiapa
yang Engkau kehendaki)
Disamping
kita disuruh mencari harta untuk mengeluarkan zakat,
mengerjakan haji dan untuk memberi nafkah kepada anak isteri, orang Islam mesti
berusaha mendirikan kerajaan Islam. Tujuan bukan untuk kekayaan tetapi
untuk menegakkan syariat Allah SWT.
Malangnya
tujuan untuk menegakkan syariat Allah SWT tidak ada dalam kepala kebanyakan
orang pada hari ini. Bila ada kerajaan apa yang mereka fikir ialah kesenangan
dan kemewahan untuk sementara waktu sahaja. Mereka tidak fikir untuk hari
akhirat. Di akhirat akan ditanya syariat apa yang dipakai oleh pemerintah.
Pemerintahan
termasuk perkara akhirat iaitulah menegak syariat Allah, menyuruh kepada yang
baik dan mencegah kemungkaran sebagaimana yang disebut oleh Allah Ta’ala:
“Orang-orang
yang kami berikan kepada mereka kuasa memerintah (kerajaan) di bumi, mereka
mendirikan sembahyang, menunaiak zakat (tanggungjawab harta benda), mereka
menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, dan bagi Allah sahaja
akibat segala urusan.”
Masjid
didirikan untuk dimakmurkan. Orang yang memerintah sembahyang dan mesti
menyuruh rakyat sembahyang. Pemerintah mestilah mendirikan sembahyang dan
menjalankan perintah Allah Ta’ala.
Zakat
diambil daripada orang yang berada dan diberikan kepada orang yang memerlukan
bantuan. Tidak boleh kepada orang yang tidak layak.
Pemerintah
mesti menyuruh orang berbuat baik. Benarkan mereka mengajar agama dan jika
salah dari segi agama betulkan mereka, bukannya melarang atau menghalang. Jika
diteruskan juga dengan kesilapan itu baharulah diambil tindakan.
Mencegah yang haram adalah tanggungjawab pemerintah.
Segala
urusan dikembalikan kepada Allah. Segala-galanya akan dibicarakan pada hari
kiamat.
Pemimpin
akan ditanya apa yang mereka buat dan peraturan apa yang dipakai. Rakyat pula
akan ditanya mana satu disokong.
Firaun membawa rakyatnya masuk neraka pada hari kiamat.
Kerajaan Islam akan membawa rakyatnya ke syurga. Kerajaan yang tidak memerintah
secara Islam membawa rakyatnya masuk neraka pada hari kiamat kelak.
Ini makna
Allah Ta’ala memberi kerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan mencabut
daripada sesiapa yang Dia kehendaki.
Oleh itu
orang Islam mestilah berusaha bersungguh-sungguh supaya pemerintahan secara
Islam ditegakkan. Kita tidak perlu bimbang kerana Allah Maha Berkuasa dan Allah
Ta’ala akan tetap memelihara agama-Nya.
Banyak ujian
Allah Ta’ala atas dunia ini kepada perjuangan Islam.
Firaun
boleh memerintah negeri sampai ratus-ratus tahun tetapi nabi Sulaiman
memerintah sepuluh tahun sahaja. Nabi Muhamad SAW memerintah negeri sepuluh
tahun.
Saidina Abu
Bakar memerintah negeri dua tahun, Saidina Umar berbelas tahun, Saidina Uthman
dan Saidina Ali memerintah tidak sampai sepuluh tahun.
Firaun
memerintah ratus-ratus tahun. Mungkin ada orang kata itu Tuhan redha sebab itu
boleh memerintah sampai ratus-ratus tahun. Pendapat ini tidak betul
Ada
perkara-perkara yang Tuhan beri Tuhan redha dan ada perkara yang Tuhan beri
Tuhan tidak redha kerana mengikut cara haram.
“Allah
Ta’ala mencabut kerajaan daripada sesiapa yang Dia kehendaki.”
Dalam
pergerakan hari ini masyhur dalam istilah orang Arab askar Israil tentera yang
tidak boleh dikalahkan. Istilah ini dimuatkan dalam akhbar dan majalah-majalah
di negara Arab. Jadi orang Arab berfahaman sekular merasakan tidak mampu
dikalahkan.
Dulu ramai
yang mengatakan golongan Tartar tidak boleh ditewaskan. Tetapi orang berjiwa
Islam dapat mengalahkan Tartar itu.
Mesir pernah
berperang dengan Israil tahun 1967, ribu-ribu kereta kebal dan ratus-ratus
kapal terbang Mesir dimusnahkan dalam masa enam hari dan Mesir kalah.
Orang
Palastin berpuluh tahun berjuang dan tidak boleh dikalahkan. Hizbullah berjuang
atas nama agama dan akhirnya Israil minta berdamai. Untuk melawan Yahudi mesti
berjuang atas nama Islam Tidak boleh lawan atas nama kebangsaan.
Orang Yahudi
berjuang atas nama agama Yahudi. Orang Yahudi sembahyang dan membaca kitab
Taurah atas kereta kebalnya. Tentera Mesir dalam perang 1967 dulu mengadakan
pesta, minum arak dan tidak sembahyang Subuh.
Malam itulah
Israil menyerang dan ribu-ribu kereta kebal serta ratus-ratus kepal terbang
perang musnah.
Kekuasaan
Allah Ta’ala mengatasi segala-galanya. Oleh itu kita tidak perlu takut walaupun
kuasa besar dunia. Syaratnya mesti berjuanga atas nama Islam dan bukan atas nama
kebangsaan.
“Dan
sesungguhnya mereka telah merancang tipu daya mereka padahal Allah Ta’ala
berada di sisi perancangan tipu daya mereka dan sekiranya perancang tipu daya
mereka boleh memusnahkan bukit-bukau dan gunung-ganang, Allah Ta’ala tidak
mungkir janji memberi kemenangan kepada Islam.”
Bila Allah
Ta’ala kehendaki, Allah Ta’ala boleh menjatuhkan hukuman kepada
musuh-musuh-Nya. Tiada siapa boleh melawan kekuasaan Allah Ta’ala.
Tujuan kita
memhaca ayat ini supaya orang Islam menjadi berani. Baca wirid bukan main bagus
tetapi penakut, tidak tahan ujian.
“Dan wahai
Tuhan ku Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghinakan
sesiapa yang Engkau kehendaki.”
Setelah
Allah Ta’ala memberikan kerasulan dan kenabian ramai di kalangan kaum Bani
Israil, tetapi nabi akhir zaman Allah Ta’ala rampas daripada Bani Israil diberi
kepada bangsa Arab, tidak diberi kepada Bani Israil.
Ini adalah
kehendak Allah Ta’ala. Hak melantik rasul adalah Allah Ta’ala. Bukan sahaja
kerajaan termasuk kerasulan. Kerasulan adalaah kepunyaan Allah Ta’ala dan
diberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment