Kita disuruh sentiasa berdoa
supaya Allah Ta’ala memberi keredhaan kepada kita, mengampunkan dosa-dosa kita
dan menjadikan kita sebagai ahli syurga.
Adapun pandangan setengah ahli tasawuf
mengatakan syurga-syurga tidak perlu fikir. Itu pandangan yang salah kononnya
terlalu tinggi murtabat sehingga tidak mahu syurga.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim adalah nas
yang paling sahih selepas al-Quranul Karim. Kita perlu
sedar mana-mana kitab tasawuf yang bercanggah dengan Quran dan hadis hendaklah
ditolak.
Begitu juga kitab fikah. Mana-mana
pandangan hukum fikah yang bercanggah dengan Quran dan hadis hendaklah ditolak.
Semua ilmu Islam; ilmu aqidah, ilmu syariat,
ilmu tasauh, ilmu politik, ilmu ekonomi dan ilmu apapun mestilah bersumberkan
al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW.
Ada kalangan kita belajar fikah tetapi tidak
belajar hadis dan tidak belajar tafsir. Belajar tasawuf tetapi tafsir dan hadis
tidak dipelajari.
Ini sebabnya menjadi punah ranah kerana
sumber ilmu ialah Quran dan hadis-hadis nabi SAW.
Nabi bersabda:
“Barangsiapa yang mengada-ngadakan perkara dalam urusan agama Kami bukan
bersumber Quran dan hadis hendaklah ditolak.”
Semua imam mazhab; imam Syafie, Hanafi,
Hambali dan Maliki dalam mazhab fikah mengatakan kiranya bertemu dengan
ayat-ayat Quran atau hadis-hadis sahih maka itulah yang betul.
Ulamak-ulamak yang muktabar
seperti imam Ghazali dan lain-lain mengatakan bahawa sekiranya pendapat aku
bercanggah dengan Quran atau hadis hendaklah ditolak.
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, seorang ahli
tasawuf terkenal yang sangat kuat beribadat, tiba-tiba ketika sedang beribadat
kedengaran suara mengatakan: “kuatnya syeikh membuat ibadat, cukuplah.”
Syeikh Qadir mengambil selipar dan membaling
ke arah suara itu. Dia berkata itu adalah syaitan.
Orang awam mungkin terpengaruh dengan
kejadian itu dan merasakan tinggi murtabatnya. Kita perlu jaga daripada ujud,
riak dan macam-macam. Syaitan boleh masuk dalam tubuh sehingga sampai kita
menolak syurga neraka. Bila menolak syurga dan neraka punahlah aqidah.
Dalam buku syarah kitab
Hikam (kitab Hikam adalah kitab tasawuf) menyebut barangsiapa yang berfikah
tidak ada tasawuf jadi fasik dan barangsiapa bertasawuf tidak berfikah jadi
zandit (kafir terus). Jadi kita perlu jaga dan ada kalangan kita membaca kitab
Hikam dan tidak baca kitab lain.
Malaikat Jibril datang menemui nabi SAW yang
dikerumuni oleh para sahabat dan bertanya MAL ISLAM, MAL IMAN DAN MAL IHSAN.
Apa dia Islam nabi jawab, apa dia iman nabi
jawab dan apa dia ihsan nabi jawab.
Islam itu syariat, iman itu ialah aqidah dan
ihsan ialah tasawur. Ini adalah garis yang diajar oleh nabi SAW mengikut wahyu,
mengikut Quran dan dihuraikan oleh nabi SAW.
Ramai orang tidak belajar berdasarkan kepada
sumbernya yang asas. Jika tidak kembali kepada sumber yang asas menjadi punah
ranah. Oleh yang demikian setiap ilmu yang kita belajar mesti ada tahkib
(kajian yang mendalam sama ada menepati Quran dan hadis ataupun tidak).
Jadi perlu guru-guru yang mursyid iaitu
guru-guru yang mendalami dalam ilmu-ilmu dan beramanah dengan ilmu itu. Ada juga guru yang berilmu tetapi tidak
amanah. Inipun punah.
KULIAH YT
Bagaimana pula tentang syair iman Syafie ?Yg mengatakan ,aku tidak layak ke syurga mu, aku tidak sanggup menanggung azab neraka mu .
ReplyDeleteSebahagian ilmu tasawwuf terlalu dalam maksudnya ,fahamilah maksud dan pengertian kata2nya .Agar kita tidak tergolong dlm golongan yang memperkecilkan ilmu tasawwuf .Para ilmuan yang lebih menghalusi amalannya pada Allah swt.