2) sedekah adalah sebaik-baik
amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan
3) pahala sedekah akan menaungi
pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4) sedekah dapat memadam
kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5) sedekah adalah sebaik-baik
hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah
oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6) sedekah adalah satu
penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
7) sedekah adalah punca
kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8) sedekah menjadi pengaman
dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana
hilangnya sesuatu darapadanya (hari kiamat)
9) sedekah menjadi punca
keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10) sebagai pembawa berita
gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
11) orang yang bersedekah adalah
orang yang terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah untuk semua
yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)
12) pemberi sedekah dijanjikan
kebaikan yang banyak dan pahala yang besar
13) orang yang suka menginfaq
adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya
kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
14) sedekah tanda dermawan dan
salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) Bersedekah memustajabkan
doa dan merungkaikan segala kesulitan.
16) bersedekah menolak bala dan
menutup 70 kejahatan di dunia.
17) sedekah memanjangkan umur,
menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) sedekah menjadi ubat,
penawar dan penyembuh
19) sedekah menghalang
kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) pahala sedekah adalah tetap
(tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burun.
No comments:
Post a Comment