Mengikut
Mukatil bin Haiyan ASSIDIKUN (orang-orang yang membenarkan) ialah orang-orang
beriman dengan rasul-rasul yang tidak pernah membohongi rasul-rasul itu seperti
mukmin al-Firaun, Sahibul al-Yasin, Abu Bakar as-Siddiq dan Asyha Bul Ukhdud.
Mukmin al-Firaun ialah seorang menteri Firaun yang bekerja dengan
Firaun dan makan gaji dengan Firaun tetapi beriman kepada nabi Musa AS.
Di zaman
tidak ada negara dan tidak ada kerajaan, negara dan kerajaan Islam tidak ada
dia bekerja dengan Firaun.
Ini
menunjukkan bahawa tidak diharamkan seseorang itu bekerja dengan KERAJAAN KAFIR
DAN ZALIM sekiranya pekerjaannya untuk memberi muslihah kepada orang Islam dan
menolong orang Islam yang berada dalam tekanan dan bukan untuk mencari peluang
kekayaan.
Dia bekerja
dengan Firaun tetapi beriman dengan nabi Musa AS. Kisahnya disebut dalam Quran.
Ini termasuk dalam Assidikin.
Ada
orang kata kamu bekerja dengan kerajaan tetapi lawan kerajaan. Ini dalil atau
contohnya.
Gaji
atau upah yang diberi itu bukan duit pemimpin-pemimpin atau bukan duit poket
mereka yang zalim, tetapi duit rakyat, duit orang ramai. Kita ambil duit itu
kita membela rakyat.
Ada pula
yang berkata belajar dengan biasiswa kerajaan kemudian lawan kerajaan pula.
Asyha
Bul Ukhdud yang disebut kisahnya dalam Quran. Dia belajar dengan biayaan
pemerintah yang zalim kemudian dia melawan pemerintah zalim itu. Pemuda yang
beriman kepada Allah dan diberi biasiswa oleh kerajaan untuk belajar ilmu
sehir.
Oleh
kerana dia beriman kepada Allah lalu dia dibunuh oleh kerajaan zalim.
Ini Tuhan
kata Assidik (orang yang membenarkan Islam)
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment